28.11.11

TERATAK KU DI SDK

PINTU DIGANTI BARU
DAPUR SEBELUM PEMBAIKAN
KAYU DI BAWAH SINKI YANG DIGUNAKAN DIMAKAN ANAI-ANAI
TIDAK TAHU DI MANA DATANGNYA ANAI-ANAI INI
INILAH NASIB RUMAH DISEWA KEPADA MEREKA
YANG MENTALITI TERLALU RENDAH

BILIK TIDUR BELAKANG
MASALAH PENDAWAIAN ELEKTRIK YANG TERUK
MASALAH DISEBABKAN ORANG YANG MENYEWA DAHULU
TIDAK MENGHARGAI NILAI PENYEWAAN ITU SENDIRI
MEREKA HANYA FKIRKAN BAHAWA APABILA MEREKA
MEMBAYAR MAKA SEMUA JADI HAK MILIK SENDIRI
TIDAK LANGSUNG MENGHARGAI NILAI
PENYEWAAN....
BILIK TIDUR UTAMA SEBELUM PEMBAIKAN
MASALAH PENDAWAIAN DAN CAT DINDING MELUNTUR
PINTU UTAMA
LAGAK ISTERIKU SEBELUM MEMULAKAN OPERASI
PEMBERSIHAN TERATAK
KIPAS DIGANTI BARU KERANA REMOTE CONTROLNYA HILANG
DAN BILAH KIPAS BERTAGAR....
RUANG MAKAN
KAYU TANGGA PUN BELUM DIMAMAH OLEH
ANAI-ANAI... DARI MANA DATANGNYA... ALLAHUALAM
BARISAN SAUDARA YANG BANYAK MENBANTU
DALAM MEREALISASIKAN PEMBAIKAN TERATAK
MEREKA MEREKA INI ADALAH HARAPAN
MASA HADAPAN
DENGAN KOMITMEN BEKERJA YANG MENAKJUBKAN
TERATAK DAPAT DISIAPKAN DALAM TEMPOH 5 HARI
PENDAWAIAN, CAT, MENYIMEN DAN MENCUCI
WALAUPUN 90% SELESAI...

SELEPAS DICAT DINDING
WARNA PILIHAN ISTERIKU
DAN ANAK BUAH YANG TURUT MEMBANTU

SEBELUM DICAT DINDING


Alhamdulillah.... akhirnya dapat jua menghiaskan kembali teratak yang selama ini ditinggalkan dan disewakan kepada mereka yang tidak dikenali ..... Teratak yang hanya sempat diinap selama setahun sahaja disebabkan faktor pendapatan yang kurang memberangsangkan di sana dan terpaksa belayar jauh demi untuk menjanakan pendapatan yang sekelumit ini .....
Teratak ini sekarang didiami oleh mereka yang benar-benar kenal rapat dan jangka masa yang diberi mungkin dalam setahun setengah.... alhamdulillah..

PENANTIAN SELAMA 5 TAHUN .... ALHAMDULILLAH




WAJAH WAJAH SANDAKAN

KESIBUKAN MENJAGA SEPUPU

KESIBUKAN MENGURUS MAJLIS

13.11.11

HIDANGAN ISTIMEWA

SPECIAL MENU

MY BIRTHDAY 2011

WITH MY ONLY DAUGHTER AND SON

MY LOVELY CAKE

12.11.11

IKHLAS DARI KU

PANGGILAN BAITULLAH

TAHNIAH BUAT MEREKA YANG TELAH PUN SELAMAT MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH DI TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH PADA TAHUN INI 2011.

DARIPADA BUKU IHYA' ULUMIDIN, IMAM GHAZALI MENYATAKAN BAHAWA SETIAP WAKTU ALLAH MELIHAT PENDUDUK BUMI DAN PENDUDUK BUMI YANG PERTAMA YANG ALLAH PANDANG ADALAH PENDUDUK MEKKAH DAN DARI KALANGAN PENDUDUK MEKKAH YANG PERTAMA ALLAH PANDANG ADALAH PENGHUNI MASJIDIL HARAM.

ULANG TAHUN USIA KU

DI AMBANG USIA 42 TAHUN

Alhamdulillah ... dengan izin Nya dan dengan rahmat Nya ..aku masih terus melangkaui kehidupan dunia ini yang hanya sementara dan masih juga terus memuatkan dosa dan pahala ku di dalam kitab catatan ku yang bakal dibentang di hadapan Illahi kelak di padang masyar ... Aduh... malunya seandainya dosa dosa ku dipertontonkan di hadapan makhluk Nya yang lain ... Aku sedar walaupun di kala itu .. masing-masing terlalu sibuk untuk melepaskan diri ... tapi bayangkan lah .... dosa yang tidak sempat memohon ampun taubat nasuha dan juga dosa yang tidak sempat dimaafkan oleh orang lain ... disaksikan oleh seluruh makhluk Nya.. Astaghfirullahiladzhim... Namun begitu ...selagi diberi nyawa untuk terus melayari bahtera fana ini .. aku tetap berusaha untuk memastikan yang aku tidak akan kecundang di sana nanti ... justeru itu ...aku pohon kemaafan dari mereka yang aku zalimi selama ini dan aku sentiasa bertaubat nasuha dengan sebenar-benarnya .. hakikat hidup di dunia ini adalah sentiasa bergolak dengan arus yang deras dan seandainya tidak disaingi dengan kewajaran yang hakiki maka terus sahaja ditenggalami dengan kealpaan yang palsu...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...