Dah dapat tanam satu pokok di belakang rumah
Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]
Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico.
Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata.
Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja)
Pokok bunga bakawali dikatakan mempunyai pelbagai khasiat termasuklah dapat mengubat masalah rabun dan mencantikkan kulit. Embun yang melekat pada bunga tersebut yang disapu pada mata pula didakwa mampu membersihkan habuk pada bahagian sensitif itu.
Orang zaman dahulu turut menggunakan kelopak bunga bakawali dalam merawat luka manakala batangnya yang sudah dikeringkan dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi dan kencing manis dengan memakan serbuknya.
Oleh kerana rasanya begitu pahit, bahan itu biasanya diambil bersama-sama buah pisang atau daun sirih.