24.9.16

pokok kari berbunga

Seumur hidup aku tak pernah nampak pokok kari berbunga dan berbiji. Alhamdulillah sekarang di depan mata hasil titik peluh menanam pokok ini memang jelas apa yang diberitahu orang yang biasa berkebun bahawa pokok kari sememangnya berbunga dan berbuah halus macam kutil. Pokok kari ini macam berpakat dengan pokok pecah beling yang ditanam bersebelahan untuk berbunga bersama sama. 

Buah pokok kari ini boleh dimakan tapi biji benihnya beracun macam buah mahkota dewa. Tapi rasanya tak ada pula ada orang yang menjual buah pokok kari. Hanya daun sahaja yang dijual di pasaran. Harga di pasaran boleh tahan juga. Di TESCO EKSTRA di hadapan rumah ini, daun kari 4 batang dah mencecah harga RM 2.50 sahaja. Itupun nasib kalau masih belum layu lagi. 

KHASIAT DAUN KARI

Daun kari di rumah biasanya dibuat sebagai penambah rasa lauk yang dimasak seperti lauk kari itu sendiri. Kekadang orang rumah menambahkan daun kari apabila membuat nasi goreng. Kalau nak buat kuih jemput jemput pun boleh tambah daun kari dalam gaulan tepung gandum sebagai menu tambahan. Daun kari ini banyak khasiat tapi seperti daun herba yang lain, ia tidak boleh diambil dengan kuantiti yang banyak dalam satu hari. Seperti ubat-ubatan moden seolah olah ia pun mempunyai indeks terapeutik untuk melihat keberkesanannya. Maka makanlah dengan berkadaran semoga dengan izin Allah dapatlah kita akan kelebihannya.

Daun kari biasanya mempunyai khasiat untuk sistem penghadaman seperti sebagai pelawas dan masalah penghadaman. Jika dicampur jus daun kari dengan madu asli ia boleh mengubati cirit birit dan buasir dengan izin Allah. Tapi bayangkanlah berapa banyak helai daun kari yang diperlukan untuk membuat jusnya. Kalau dicampur jus daun kari dengan jus limau nipis pula ia akan membantu dalam menghilangkan rasa loya dan pening serta kurang penghadaman apabila makan makanan yang berlemak. Lain lain kelebihan daun kari ini ialah ia membantu dari segi permasalahan loya dan pening sewaktu awal mengandung. Ada petua megatakan bahawa air rendaman daun kari yang telah dipanaskan dan dicampur dengan madu boleh juga digunakan sekiranya di rumah tiada mesin pengisar. Rasanya di zaman moden ini setiap rumah yang berpendapatan sederhana ada mesin pengisar masing masing. Kalau dulu kita pakai lesing dan batu pengiling.

Yang terbaik dan sukar untuk dipercayai ialah daun kari mampu untuk mengatasi masalah haid dan sakit kelamin (Gonorrhoea). Nampaknya tak perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi sakit ini. Allahualam.

Artikel yang dibaca paling menarik ialah mengamalkan makan pucuk daun kari sebagai ulam hari hari selama 3 bulan dan ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis. Selain dari itu ada petua dengan makan 10 helai daun kari sebagai ulam sehari sekali selama 3 bulan.Selain dari daun kari, air rebusan kulit batang kari yang sudah dikeringkan pun ada manafaatnya dari segi membantu menghidari penyakit kencing manis.

Ada yang mengatakan jika terkena patukan ular dengan kadar segera minum campuran daun kari yang telah diaduk dengan kunyi mentah dan garam. Ini dikatakan ikhtiar sementara mungkin untuk melegakan rasa sakit kesan patukan ular dan 'anti dote' untuk bisa ular. Allahualam.

Tapi satu petua yang orang rumah selalu buat bila memasak dia akan patahkan batang daun kari dengan beberapa lembaran daun kari dan letak didapur sebagai penghalau lalat dan ternyata ia berkesan dalam jangka masa pendek iaitu hanya sehari sahaja. Apa kata kalau kita tanam dalam pasu pokok kari dan diletakkan di dalam dapur. Tak perlu bersusah payah  membeli pesticide yang semakin naik harganya dan tak tahu berapa tahap keracunan yang boleh memudaratkan kesihatan. Disyorkan kepada rumah yang berdekatan dengan kilang pemprosesan ayam atau kilang di kawasan ladang kelapa sawit.

Pantang larang yang ternyata diamalkan oleh orang tua tua hendaklak perempuan yang haid atau dalam pantang jangan sesekali memetik daun kari ini dari pokoknya sebab dalam beberapa hari pokok daun kari ini akan layu dan mati dengan sendirinya walaupun beberapa percubaan dilakukan untuk menyelamatkannya dilakukan. Hairankan. Allahualam. Bapa aku beritahu mungkin pokok daun kari ini merajuk sebab perempuan berhadas yang datang memtik daunnya bukannya orang yang suci. Persoalannya macam dengan orang yang berjunub tapi belum mandi hadas besar. Buat masa ini tiada jawapan dan belum dipraktikkan.