23.10.16

knock down

Kemalangan jalanraya tidak berbau dan selalunya berlaku sama ada kecuaian sebelah pihak atau ke dua dua pihak ataupun kalau melibatkan banyak kenderaan ia melibatkan beberapa pihak. Faktor persekitaran jarang dipersalahkan seperti jalan berlubang, jalan tiada lampu di waktu malam atau jalan licin disebabkan tumpahan minyak sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Pihak berkuasa biasa akan mengambil jalan singkat dengan mengatakan kecuaian sendiri penyebab kemalangan dan anda disaman kerana kecuaian itu. Paling kurang dapat membantu pihak berkuasa memenuhi kehendak KPI mereka. Bagi kenderaan yang masih mampu untuk bergerak sendiri selepas kemalangan bolehlah menguruskan pembaikan kenderaan dengan sendiri tanpa melibatkan pihak ke tiga dan pihak bengkel tersangat gembira jika pemilik kenderaan datang ke bengkel mereka dengan sendirinya untuk pembaikan kerana dapat menjimatkan kos membayar orang ke tiga yang termasuk dalam tuntutan insurans.
Bila berlaku kemalangan, bagi kenderaan yang mampu bergerak bolehlah terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis di bahagian trafik. Polis trafik ada kawasan yang mereka jaga dan sekiranya kemalangan berlaku di sempadan trafik yang berbeza maka ukuran badan kereta yang lebih memasuki kawasan trafik tersebut terpaksa pergi ka balai polis yang berlainan pula. Walhal sekarang semua sudah online dan ketetapan ini terus digunapakai kerana termaktub dalam SOP mereka. Bagi kenderaan yang tidak mampu bergerak maka perlulah di 'towing' ke balai polis yang menjaga kawasan berlaku kemalangan dan prosedur ini memakan masa sehari dan sekiranya bertugas di kala itu terpaksalah mengambil emergency leave. Kalu tak pun ambil cuti sakit. Pihak insurance ada mewartakan pihak bengkel tertentu sebagai panel mereka dan boleh dicari melalui laman web pihak insurans itu sendiri.
Bila berlaku kemalangan, tida perlu untuk menuding jari ataupun bergaduh kerana yang akan buat keputusan pihak berkuasa berdasarkan keadaan kerosakan kenderaan yang terlibat. Yang penting bila berlaku kemalangan kena tahu jenis dan warna kereta serta nombor plat. Nama jalan di mana berlakunya kemalangan. Kalau boleh dapatkan IC mereka yang terlibat dalam kemalangan. Biasanya pihak berkuasa lebih berminat kepada perincian kenderaan yang terlibat dari pemandu itu sendiri.
Laporan polis biasa akan siap dalam tempoh seminggu dan boleh diambil di kaunter trafik laporan yang dibuat dengan pembayaran RM 1.00. Dengan laporan polis yang tulin ini barulah boleh bertandang ke bengkel yang menjadi panel pihak insurans. Pastikan perkara di atas di bawa bersama semasa ke bengkel bagi memudahkan pihak bengkel membuat tuntutan insurans.