Pok Su Mail adalah adik bongsu abah ku dan berumur sekitar 70 tahun ... aku sempat melawat aruah hari Jumaat lepas sempena cuti awal muharram 1439 ... aruah diletakkan di wad barat ... kira pertama kali aku masuk hospital sultanah aminah ini tatkala itu .... nampak uzur hospital ini ... aku dimaklumkan oleh anak dara Pok Su ... anak yang bongsu dari 3 adik beradik bahawa Pok Su menghidap Ca colon stage 4 ... sempat gak mencium tangan aruah yang masih panas malangnya tiada rasa pergerakan langsung.. Pok Su memang terus koma selepas colostomy operation... dan semalam aruah meninggalkan kami jam 6 petang untuk ke alam baqa ... semoga Roh Pok Su Mail bersama sama dengan Roh Roh orang yang soleh.
dari luar wad barat Hospital Sultanah Aminah
Atok chik aku yang masih gagah di usia 80 tahun di samping anak buahnya Pok Su Mail. Abah ku bercerita yang dulu Pok Su Mail begitu bersemangat untuk sambung belajar setelah tamat sekolah Melayu .... ingin memasuki sekolah Inggeris ... maka Atok Chik aku telah menjadi harapan aruah .. malang nya apabila berpindah ke rumah atok chik ku ini pok su hanya di suruh untuk menjaga sepupunya Pok Long Raymond dan Pak Ngah Renny ..... maka bertolak dari situ lah aruah ada sedikit kerenggangan siratul rahim dengan abah ku..
Seingat aku ... aruah dan abah ku tidak lah serapat mana ... walaupun adik beradik abah ku cuma 3 orang iaitu aruah pok long Nor , abah ku dan pok su Mail ... sejarah yang menyebabkan mereka bertiga tidak serapat mana ... pok long ku pencen ATM dan abah ku pencen PDRM. Pok Su mail menyendiri di Johor Bahru dengan anak anak nya ... isteri pok su Mail dah lama meninggal dunia kerana kanser payu dara. Kami pun jarang menjenguk adik beradik abah ini ...mungkin ada sejarah masing masing ... entahlah ... harapan ku agar sikap ini tidak menular di kalangan adik beradik ku walaupun ada jua angin angin nya yang melanda ... entahlah ...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ