27.1.18

TAZKIRAH


MARI BERSELAWAT


SELINGAN TRANSFORMER


secret recipe customer


sejak IOI Mall dibuka memang sini lah tempat sebulan sekali sekeluarga menyinggah sehinggalah baru baru ini ia ditutup untuk pengubahan suai @ tukar restoran lain.... 10 tahun lalu memang sentiasa penuh tapi sejak akhir akhir ini agak lenggang sedikit ... mungkin menunya yang sama dan tak banyak perubahan ...

SETAHUN YANG LALU ....


memang genap setahun video ini diambil ... cepat masa berlalu

VIDEO ini diambil tatkala baby suka nyanyi lagu justin beiber dengan pelatnya ...

MASIH DIMINATI


LEKA MAIN PC GAME PART II
tanggal 02/05/2010

KUCING RUMAH




mati dah kucing kucing ini

diabetic ulcer


aruah sudah pemilik kaki ini
sudah masuk tahun ke 3 dah

LELAKI DAYUS

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

BERAPA RAMAI LELAKI DAYUS DILUAR SANA JIKA INI ADALAH CIRI-CIRI KEDAYUSAN YANG ADA  ... ALLAHUALAM

Apartment


Haji 2018

Tahun ini dah masuk tahun ke 8 aku cuba memohon agar mertua ku dapat menunaikan fardu ke lima ... namun nampaknya masih tiada lagi peluang memandangkan aku hanya menerima sekeping surat yang di generate oleh komputer yang saban tahun diterima..... benarlah kata sahabat ku selagi kita tidak melangkah ke bangunan tabung haji selagi itu lah kita kena tunggu tahun yang ditetapkan walaupun mertua ku semakin dimamah usia ..walaupun duit di tabung haji sudah melimpah ruah ....

2018

السَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

agak lama dah tidak mengemaskinikan blog ini ... sejak tidak menggunakan tablet lagi dan hanya menggunakan telefon bimbit maka blog ini pun semakin ditinggalkan... baru semalam selamat menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercinta dengan cara yang amat sederhana ....
 Ø§Ù„Ø­َÙ…ْدُ ِلله
Tahun ini tahun tiada anak yang bersekolah lagi ... 2 orang sudah pun habis SPM dan yang bongsu masih lagi manja keanakan ... masih perlu menunggu 3 tahun untuk bersekolah ... tahun ini sehingga tahun 2020 adalah tahun untuk aku mula bergerak setelah sekian lama tersadai tanpa berbuat apa-apa...إن شاء الله‎  kami akan mengorak langkah untuk melihat dan mengamati keindahan duniawi selagi hayat masih ada .... orang kata tidak kenal maka tidak cinta ... maka tahun ini perancangan telah pun dibuat cuma masa dan tempat masih belum ditetapkan ... di keributan ekonomi yang tidak keruan dan harapan banyak kepada pendatang asing tidak menghalang kami untuk terus bergerak ... 
Mulanya bercadang untuk mengerjakan umrah tahun ini .... Ø¥Ù† شاء اللهakan kami sampai jua di bumi barakah itu nanti ..... 
Hari ini 27 haribulan Januari dan esok 28 haribulan Januari ..... tahun ini isteriku tanpa hadiah buat kali pertama selama perkenalan kami dek kesibukan aku dengan kerja yang tidak ke mana ini ....tapi cukup lah dengan kehadiran anak anak sebagai penghibur dan keleteh si kecil yang terlalu banyak ragam dan spontan nya ....
الحَÙ…ْدُ ِلله