Masa bujang lah aku pernah singgah di pulau beras basah ni ... tahun 1992 bersama rakan rakan sekuliah.... kemudian bila singgah ke Langkawi memang tak pernah singgah pulau ini kerana disebabkan terlampau mau berbelanja ... tapi lama kelamaan perasan yang harga walaupun 'duty free' tetap sama dengan harga bila pusat membeli belah di tempat aku membuat jualan murah dan harga 'online' kekadang tu jauh lebih murah dari harga Langkawi. Mungkin orang meniaga di sana berdasarkan kepada nilai dollar US @ Euro kot.
13.2.18
MAKAN MALAM DI BAWAH GERHANA BULAN DI LANGKAWI
makan malam disinari cahaya bulan yang mengalami gerhana penuh ... SUPER BLUE BLOOD MOON tanggal 31hb Januari 2018. Tx terfikir semasa bercuti yang peristiwa ini berlaku dan memang tx bawa kamera NIKON. Hanya Blackberry Z30 ni ler sebagai bukti menyaksikan SUPER BLue BLOOD MOON.
3D GALLERY
anak bongsu ku ni pandai bergaya bila bergambar
tapi tidak boleh duduk diam
sentiasa bergerak dalam bergaya
macam macam gaya dibuat nya
dan boleh bergaya tanpa disuruh
dalam seusia anak bongsu ku ni keletah nya menjadi penghibur
gambar di atas jelas dilakukan tanpa disuruh
mewarna gambar di galery #D
SETELAH 10 TAHUN BERLALU
Lama dah tak singgah pulau ini gara gara kecewa dengan harga barangan yang dijual tidak semurah yang disangka dan ada yang lebih mahal dari harga tempat tinggal ku. Dulu pulau ini memang tempat kita membeli pinggan mangkuk dan perhiasan dengan harga yang lebih murah tapi 10 tahun lalu dan sekarang harga lebih kurang sahaja. tidak nampak istilah 'duty free price' yang sepatut nya. Kami menaik AIRASIA pergi balik buat kali pertama ke pulau ini. Dulu pernah naik MAS yang jauh lebih selesa pada tahun 2001.
PULAU DAYANG BUNTING
Percutian yang dirancang setelah singgah di Gunung Jerai bulan Disember lalu. Sayang anak sulong ku ada kuliah dan tidak ikut serta dalam percutian ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)