29.12.19
senja kala di Tawau 2019
Tatkala senja menjelang , berehat sebentar di tepi laut berhadapan dengan pulau sebatik yang dimiliki oleh Sabah dan Indonesia ...
suasana maghrib yang mendatang
hero ku memerhatikan lautan yang bergelora menandakan air pasang
tepat jam 6.15 petang waktu tempatan foto ini diambil
27.12.19
MAJLIS YANG BAKAL BERAKHIR KE JINJANG PELAMIN 11/01/2020
GERHANA CINCIN
GERHANA CINCIN berlaku tanggal 28hb Disember 2019 pada jam 1.30 pm waktu tempatan ... jelas kelihatan di Tanjung Piai dan Kuala Lumpur
foto di bawah diambil di klinik kesihatan Cheras
22.12.19
DISEMBER 2019
sepanjang bulan disember ini sudah menjadi kebiasaan untuk meyibukkan diri dengan perkara perkara yang mendatang saham akhirat ... insya Allah hendakNYa.... jadi untuk berblog agak kesuntukan masa kerana masa yang terluang banyak dihabiskan bersama keluarga ... all media gadget offline bila berada di rumah ...
25.11.19
19.11.19
tuo dah aku ni
makin tuo makin tx der mood nx celebrate birthday .... terasa kubor panggil mai laaa .. rumah dah makin jauh dah.
BABY BUAT PERFORMANCE
gedebak gedebuk dah pun 5 tahun baby ni .... dah 2 tahun belajar di little caliph dan alhamdulillah dapat banyak pengalaman dan latihan
29.10.19
hanya 12 tahun ke atas sahaja boleh masuk wad ...
menyaksikan keleteh anak bongsu bermain tatkala menunggu giliran untuk masuk ke Neuro ICU
MUZIUM DI RAJA
tx pernah terlintas nak datang ke sini ... datang gak masa off untuk menemankan anak dara buat assignment dia ... terjebak untuk melihat dalam istana negara ini ...
rupanya antara destinasi lawatan pelancung dalam dan luar negara ... agak malang sekali sebab bangunan ini nampak lusuh selusuh umurnya dan mungkin tiada lagi peruntukan untuk memelihara dinding dan kayu
dari jauh masih lagi nampak utuh ... tx tau sampai bila ia kekal kerana tanahnya amat bernilai untuk dikomersialkan ... mungkin dalam 5 tahun lagi istana ini akan dirobohkan .
19.10.19
TAMAN KRUBONG PERDANA
DUA PUPU AKU.... anaknya bersanding di rumah nya ... dan ibu ku bertemu sepupu nya mak long senah setelah sekian lama tidak bertemu ... ke dua dua dah pun menjadi balu ... sudahpun menunaikan fardu haji dan umrah dengan mak long senah dah 3 kali pergi menunaikan fardu haji ... ibuku hanya sekali sahaja bersama aruah ayah ku pada tahun 2017 .... sepatutnya ibu dan aruah abah ku menunaikan haji tahun 2022 tapi alhamdulillah dengan berkat usaha adik ipar aku ... mereka dapat pergi awal ...
TANAH PENINGGALAN ARUAH ABAH 2019
TANAH PUSAKA ..... tanah warisan yang ditinggalkan dari atok moyang dulu and kini tanah pusaka milik aruah abah ..hanya sekangkang kera jika dilihat dari mata kasar ... tidak seluas yang tertera di geran tanah yang ada ...
walau bagaimana pun tanah ini telahpun bertukar nama dengan adik aku 100% sebagai penama yang memiliki tanah ini .... tanah pusaka .....
tanah ini ditambak oleh sepupu ku yang acapkalai melarikan diri dari aku .....iaitu tanah dari ebihan dari projek membuat jalan raya .. lalu dibawa ke tanah pusaka ini ... dipanggil tahi tanah @ tanah kotor ...
aku hanya mampu melihat sahaja kerana tiada kuasa ke atas ini melainkan memberi nasihat yang sewajarnya ...
Tanah pusaka ...
tanah warisan ...
tanah akhir abah ku ..
tanah yang tidak pernah mahu dibela ...
tanah yang dibiarkan sahaja di kala masih bernafas ...
tanah yang tiada perbincangan ..
tanah yang tidak dibawa ke mati ...
melainkan digunakan untuk ke jalan Allah ...
Subscribe to:
Posts (Atom)