26.3.19

UMRAH ibu mertua

kali kedua bonda mertua ku ke umrah ..... di usia menjangkau 75 tahun masih mampu bertawaf dan bersaie hanya dengan berjalan kaki .... langsung tidak mahu ber skuter dan ber wheel chair ... Kali pertama 10 tahun yang lalu bertiga dengan abah dan emak .... kali ini kami bertujuh


UMRAH BERSAMA KELUARGA

Umrah kali ini kami bertujuh dengan anak dara aku tertinggal sebab tidak bercuti dan memang niat aku untuk bersama dgn abah dan emak serta mertua ke sana. 


masjid di miqat qarnul manazil yang digunakan oleh mereka yang berada di dalam kapal terbang dari sebelah timur semenanjung arab saudi.

baby kerap demam

Tahun lalu sejak dihantar ke Taska baby selalu demam ... tak tahu demam sebab Taska syndrome ker @ demam sebab stress dijaga mama dan kakak angkat.... so ibunya pun memaksa si abahnya check darah ... 
bagusnya baby sebab tak menangis bila diambil darahnya


keputusan FBC normal


dengue screening pun negative


dengan bangga menunjukkan plaster di cubital fossa ... langsung tidak takut dan memberi kerjasama yang amat baik... 
kesimpulannya bebudak janganlah dimomokkan dengan perkara yang negative yang menyebabkan emosi mereka terganggu lantas memberi perception yang berlawanan dengan lumrah yang sepatutnya ..... salah ibu @ bapa @ kedua dua nya @ penjaga .... 

KHATAN

masuk tahun ini dah 5 tahun aku menjalankan program yang diamanahkan oleh tuan klinik dan buat masa ini ada komplikasi yang hadir dan kebanyakannya amat mendukacitakan kerana  pihak sebelah acap kali menundingkan jari ke arah kami.


turut melatih doktor yang berkelayakan untuk melakukan prosedur yang diamanahkan



tidak mengira lelaki atau perempuan. Asalkan ada kemahuan untuk belajar.

kembali ke blog.....

sudah sekian lama tidak menungkil di blog ini ... sejak ada aplikasi baru seperti FB dan Whatsapp serta IG maka blog terus dilupakan ....
Kini kembali semula ke blog setelah merasakan bahawa nukilan di blog lebih santai dan tiada had malah lebih tidak memerlukan perhatian dari alam siber.


Tahun 2019 dah masuk bulan Mac ... lagi 40 hari lagi bulan Ramadan bakal berkunjung lagi ... terasa masa berlalu dengan terlalu pantas. Semoga perjalanan hidup ini terus diberkatiNya dan kurang mengumpul dosa berbanding dengan pahala. 


Hero aku yang kecil ni pun dah bakal masuk ke tadika tahun hadapan dan dengan seusia ini sudah pun bertawaf dan bersaie .... sempat lagi makan angin ke Taif.