30.9.19

AFARMOSA GOLF RESORT

BABY berseorangan dengan ditemani oleh abahnya bermain di padang golf AFARMOSA











RAKAN LAMA

anak yang tak tau  ... ke berapa sebab ramai anak kawan ni .... 
salah seorang top management dalam industri herbalife 


24.9.19

TABUNG HAJI - MENERUSKAN USAHA USAHA YANG SEMAMPU selagi masih berjiwa

sebenarnya sudah lama berusaha melalui perutusan surat rayuan .... sejak 10 tahun lalu dengan nilai simpanan kewangan yang mencukupi ... namun benar apa yang dimaklumkan .. segala gala atas jemputan Nya untuk ke sana ... mungkin ada kekurangan yang tidak ditunjukkan tapi dengan cara melewatkan pemergian sahaja ... Alhamdullilah 

ini format yang selalu di war war kan sejak 10 tahun lalu ... mau merayu kena tulis ikut format .... benarkah gitu ? tak der lak kakitangan TH yang mencadangkan sekian sekian surat harus ditulis ....  yang pasti tahun yang didaftarkan tahun tu lah kena menunaikannya dengan izin Nya.

jenuh nak naik ke lantai 30 bangunan tabung haji ... dengan iringan doa dan keyakinan .. utamakan BMF ...POS laju... milik sime darby



tergetus gak di benak fikiran akan kuota kuota yang diwujudkan untuk memberi peluang orang tertentu untuk ke sana ... Allahualam

15.9.19

JEREBU KEMBALI LAGI


DI KONYA 2017



DR SAM


Kali ke dua menjejak kaki ke rumah Dr. Sam yang aku pernah bertugas di klinik beliau yang ketika itu Klinik Penawar BBB tahun 1995 dan 1996. Beliau sekarang di usia 62 tahun tiada lagi bertugas di mana mana dan hanya tinggal di rumah sahaja .... sekejap masa berlalu dan bila tiba masa untuk ku pula nanti

SUASANA POLITIK SEMASA



Peristiwa yang berlaku pada semalam hari Sabtu 14hb September 2019 bersamaan 14 Muharram 1441 Hijrah


tidak dikatakan berminat politik tetapi bila berbincang pasti berkisar tentang politik 
Kekadang bila mengenangkan orang politik rupa rupanya banyak kelebihan di dunia bila sudah berkecimpung dalam politik asalkan mendapat mandat dari pengundi yang mudah terpengaruh dengan bisikan bisikan yang tiada bukti dan hanya berdasarkan kepada fakta yang belum tentu kesahihannya. Kelebihan di akhirat ... tepok dada tanya iman 


14.9.19

AMALAN YANG TERBAIK


AMALAN YANG BOLEH DIAMALKAN

sebagai seorang muslim ini adalah yang terbaik untuk mengurangkan penyakit yang sedia ada. Amalan dalam buku ini adalah amalan yang sudah lama diamalkan oleh orang orang alim 



alternatif rawatan yang in sya allah dengan keyakinan pasti ada menafaatnya


contoh amalan yang patut selalu diamalkan


mudah dah boleh diamalkan setiap masa 



CETUSAN IDEA LAGI

TAK PASTI APA YANG DIFIKIRKAN

MACAM TETRIS .....????


BUGS ???

? PAC MAN




CETUSAN IDEA YANG BERUSIA 5 TAHUN

DIMULAKAN DENGAN NAMA NYA

APA YANG DIFIKIRKAN ?


SOTONG ?


NI MACAM FAMILIAR DALAM GAME DULU DULU 


7.9.19

EX SMK BANGSAR BATCH 1982

Alhamdulillah mereka semua telah pun berkerjaya dan berjaya dalam melangkaui kehidupan muda remaja dengan cemerlangnya ... kini di usia setengah abad ni kami bersua muka kembali setelah setahun menghilangkan diri kerana kesibukan urusan dunia akhirat.
Masing masing bersedia untuk menjadi datuk dan nenek dalam erti yang sebenarnya namun nilai persahabatan tetap dikekalkan sehingga kini. Syabas buat rakan taulan ku  


3.9.19

PERGI NYA SEPUPU KU DI AWAL USIA 39 TAHUN


Sepupu ku sebelah bonda ku ... anak adinda bonda ku ...meninggal dunia tat kala berusia 39 tahun 
perginya beliau meninggalkan balu dan anak seramai 5 orang ...
perginya seiring dengan hari kemerdekaan ulang tahun ke 62


Aruah ayahanda Aruah Pok Tih Alias ...my very favourite pak saudara dengan aku ... sejak aku tinggal di Kulai sehingga pemergian aruah memang he is the only one my very very very good uncle ... tx dak bapak saudara yang boleh kaw tim dengan aku melainkan Aruah Pak Tih ni...


Aruah pula adalah sepupu ku yang peramah dan periang ... mudah diajak berbual mengenai peristiwa semasa ... beliau adalah satu satu nya sepupu ku yang datang menjenguk aku tat kala aku bertugas di negeri di bawah bayu dalam tahun 1999 ..  dan beliau adalah sepupu ku yang aku bawa makan angin ke Pulau Langkawi semasa isteri ku hamil 2 bulan anak pertama ..


beliau turut menyatakan hasrat untuk membawa bondanya menunaikan fardu haji tahun lalu dan apakan daya niat ada tapi hajat tak kesampaian ...


semoga rohnya di cucuri rahmat hendakNya dan semoga terus dilimpahi pahala yang berterusan dari ilmu yang disampaikan kepada anak murid nya .... itulah untung menjadi seorang pengajar