menyaksikan keleteh anak bongsu bermain tatkala menunggu giliran untuk masuk ke Neuro ICU
29.10.19
MUZIUM DI RAJA
tx pernah terlintas nak datang ke sini ... datang gak masa off untuk menemankan anak dara buat assignment dia ... terjebak untuk melihat dalam istana negara ini ...
rupanya antara destinasi lawatan pelancung dalam dan luar negara ... agak malang sekali sebab bangunan ini nampak lusuh selusuh umurnya dan mungkin tiada lagi peruntukan untuk memelihara dinding dan kayu
dari jauh masih lagi nampak utuh ... tx tau sampai bila ia kekal kerana tanahnya amat bernilai untuk dikomersialkan ... mungkin dalam 5 tahun lagi istana ini akan dirobohkan .
19.10.19
TAMAN KRUBONG PERDANA
DUA PUPU AKU.... anaknya bersanding di rumah nya ... dan ibu ku bertemu sepupu nya mak long senah setelah sekian lama tidak bertemu ... ke dua dua dah pun menjadi balu ... sudahpun menunaikan fardu haji dan umrah dengan mak long senah dah 3 kali pergi menunaikan fardu haji ... ibuku hanya sekali sahaja bersama aruah ayah ku pada tahun 2017 .... sepatutnya ibu dan aruah abah ku menunaikan haji tahun 2022 tapi alhamdulillah dengan berkat usaha adik ipar aku ... mereka dapat pergi awal ...
TANAH PENINGGALAN ARUAH ABAH 2019
TANAH PUSAKA ..... tanah warisan yang ditinggalkan dari atok moyang dulu and kini tanah pusaka milik aruah abah ..hanya sekangkang kera jika dilihat dari mata kasar ... tidak seluas yang tertera di geran tanah yang ada ...
walau bagaimana pun tanah ini telahpun bertukar nama dengan adik aku 100% sebagai penama yang memiliki tanah ini .... tanah pusaka .....
tanah ini ditambak oleh sepupu ku yang acapkalai melarikan diri dari aku .....iaitu tanah dari ebihan dari projek membuat jalan raya .. lalu dibawa ke tanah pusaka ini ... dipanggil tahi tanah @ tanah kotor ...
aku hanya mampu melihat sahaja kerana tiada kuasa ke atas ini melainkan memberi nasihat yang sewajarnya ...
Tanah pusaka ...
tanah warisan ...
tanah akhir abah ku ..
tanah yang tidak pernah mahu dibela ...
tanah yang dibiarkan sahaja di kala masih bernafas ...
tanah yang tiada perbincangan ..
tanah yang tidak dibawa ke mati ...
melainkan digunakan untuk ke jalan Allah ...
13.10.19
CASE 2010
didatangi oleh bapa nya setelah 7 tahun berlalu .... adoiii manalah aku ingat lagi .... ni macam LHDN gak bila bertanya kisah yang lalu terutama bila dah lebih 2 tahun ... nak bersuara pun tiada fak ta dan bukti ....
nasib dia bawa sehelai kertas ini yang tidak tahu kesahihannya ... sama ada benar atau palsu ... yang kesian nya budak tu dah pun berumur 7 tahun dan sepatutnya sudah mula bersekolah seawal tahun 2019 ini
RAKAN SEKULIAH 1989-1994
ada yang dah 25 years tak jumpa dan ada yang dah jumpa tahun 2008 sewaktu reunion di AGROtek
sekarang time menerima menantu dan menimang cucu
from my EMAIL
recently terima email dari unknown regardeing my iphone .... ada attachment ... download and copy
gatal tangan cuba open the link tapi .....
unable to open the link due to blocked by kaspersky ... adoiii
5.10.19
BALASAN RAYUAN YANG SAMA
Inilah contoh surat balasan rayuan Haji yang diterima setiap kali menghantar surat rayuan.
sepanjang 9 tahun tiada langsung surat balasan yang menunjukkan kesungguhan dalam memproses permohonan rayuan ini.
tahun ini rayuan agak berbeza kerana cuba menggunakan kuota warga 75 tahun ... namum surat balasan nya tetap sama seperti 9 tahun yang lepas .
Subscribe to:
Posts (Atom)