30.4.20

kami sebaya

satu batch dan sebaya ..


Ini sempena persandingan anak sulung Dr. Haji Luqman dan Dr. Hajah Aida..

rakan kerja bersama pasangan

Sukar untuk dapat bersama begini ... bila ada peluang foto diabadikan untuk menjadi kenangan untuk selam lama nya .. 


Foto diambil semasa persandingan anak bongsu Dr. Sabri dan Dr. Zalfah dengan tema baju Melayu 

air gambir Sarawak

banyak kelebihan menggunakan air gambir ini ... kegunaan nya seperti ubat bius yang menyebabkan hilangnya kesakitan setelah beberapa saat ditaruh di bahagian yang sakit.


sebotol kecil ini dijual dengan harga RM 10.00 .... aku beli dengan mamat OKU .. beli terus 10 botol !!!


Pasar mini di Masjid Baitul Amin PBP

Menjual segala produk muslim dan tempat terbaik untuk berbelanja .... namun begitu masih banyak produk yang tidak didapati menyebabkan kurang untuk berbelanja di sini ... terbaru ini tatkala PKP ada penjualan ikan basah dan daging dibuat secara online 

Anak buah pertama bernikah



mak long senah

Hadir bersama bonda selepas bonda ku habis edah 100 hari menziarahi sepupu kuat bonda ku ... Mak Long Senah di Durian Tunggal , Melaka sempena persandingan cucu dari anak yang sulong .. Farid.


berlipat perut dibuatnya untuk duduk dengan sopan dan hormat ...

Bonda bercerita bahawa Mak Long senah diintimkan oleh bonda dengan Aruah Pak Long Bakar sewaktu tinggal di berek istana Johor Bahru...


gambar lama aruah Abah ku bersama bonda


depan aruah abah ini aruah Atok Su .. kira sepupu aruah Atok Esah .. anak aruah Atok Su ni kira 2 pupu dengan aruah Abah ... dan cucu aruah Atok Su ini kira dah masuk 3 pupu dengan aku .. jauh dah tu .... tapi kira sepupu gak



Tragedi kemalangan yang meragut nyawa Atok Su di Putrajaya



ramadhan hari ke 7

First time suruh anak bongsu ini untuk berpuasa setelah 5 tahun tidak diapa-apakan ... 

Hari pertama tahan sampai jam 1 pm
Hari ke dua pun failed
Hari ke tiga tetiba ada air kotak di tangan
Hari ke empat setakat jam 2 pm

Hari ke LIMA .... puasa penuh 
Hari ke ENAM ....puasa penuh
Hari ke TUJUH ... allahualam baru pukul 3 ptg hari ini


Hari ini genap seminggu berpuasa di bulan Ramadhan ... masih awal untuk membuat kesimpulan 

19.4.20

terawih di rumah

Jumaat depan 24hb April 2020 bersamaan dengan 1 ramadhan 1442H .... MCO dan nampaknya terawih di rumah sahaja ....ni ada link dari JAKIM untuk panduan solah terawih bagi sesiapa yang kurang mahir dan hanya pak turut sewaktu dengannya agar membangunkan solat terawih dan witir di rumah ...

http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan-Solat-Tarawih-Jakim---2020.pdf

goodluck yer ...semoga Allah memberkati kita semua


MCO part 5

GET READY ... #STAYAT HOME#


MCO PART 4

MY LITTLE HERO with chainsaw ... ready to work during MCO


18.4.20

NANAS 2020

nenas yang bonda tanam merata sudah ranum dan manis bila dimakan 


16.4.20

10.4.20

BIRTHDAY ABAH KE 78

hari ini cukuplah 78 tahun umur Abah seandainya abah masih ada lagi ... entahlah ... aku tidak tahu nx kata apa lagi ... rindu tetap ada ... rindu yang digarap oleh orang lelaki sejati ... hanya Allah sahaja yang mengetahui nya ... kekadang aku rasa seolah olah abah ada di ruang tamu .. duduk bersama ku ... kekadang aku terbau bauan abah yang bertahun aku bau ... terutama di waktu keuzurannya ... bau yang special ...walau pun dah setahun 6 hari abah pergi ..

DENGUE SEWAKTU WABAK COVID19

Tatkala orang sibuk menghadapi akan wabak Covid 19 ni ... tetiba anak aku sorang ni lak terkena dengue ... tanda tanda nya demam dan pening kepala seminggu ..\


Alhamdulillah FBC menunjukkan tahap bacaan yang bagu dan tidak perlu dirisaukan 




7.4.20

PROJEK SEMPENA MCO

mencuba untuk menambahkan keluasan bilik tanpa menyakiti jiran tetangga. 


projek terbengkalai disambung minggu lalu disebabkan MCO .... tapi bahan sukar utk didapti kerana semua kedai hardware tutup disebabkan MCO.


MCO WEEK 3 - 07/04/2020



3.4.20

05th April ...

Esok adalah tarikh genap setahun ayahanda aku pergi meninggalkan kami sekeluarga ...365 hari ... genap bumi ini mengelilingi matahari satu pusingan .......setelah penat menjalani hidup ini akhirnya ayahanda pergi jua hendakNya .. bulan Disember 2018 ayahanda masih lagi sihat cuma ada sedikit kurang berselera makan ... aku beruntung kerana dapat selalu makan semeja dengan ayahanda walaupun aku berkerja tidak tentu masa ... memang terasa nikmatnya bila dapat bersama menjamah lauk pauk di sisi ayahanda ...dan lauk pauk itu adalah dari air tangan bonda ku sendiri ... terasa bertuah dapat merasai akan kehidupan sebegini .... tiada dapat diceritakan betapa suatu keajaiban kenikmatan bila bersama dengan ayahanda dan bonda menjamah rezeki yang diberiNya tatkala usia aku sudahpun mencecah setengah abad ....

Aku mula meghidu akan kemerosotan kesihatan ayahanda aku tatkala makan tengah hari dengan aruah selalu mengadu perut tidak berapa selesa ... dari Oktober 2018 lagi aruah berulang kali ke hospital kerana masalah penghadaman tapi setiap kali hospital .... jantung jualah yang mendapat perhatian berbanding masalah usus dan perut .. hinggakan ayahanda mengambil jalan alternatif mendapatkan ubat herba cina untuk  menghilangkan ketidakselesaan ini... 
November 2018 aku teringin untuk bersama ayahanda dan bonda serta mertua aku mengerjakan umrah dan hasrat aku disampaikan kepada ayahanda aku .... mulanya aruah menolak disebabkan masalah kesihatan dan rasa tidak ada keperluan ke sana .... namun aku memujuk berkali kali dengan harapan aruah setuju ... dan alhamdulillah aruah bersetuju di akhir 2018 ...
perjalanan kami bulan Mac 2019 ...tatkala itu kaki aruah sudahpun bilateral oedema up to knee dan aruah hanya mampu mengerjakan umrah hanya sekali sahaja  dengan bantuan hero aku ...along ... sepanjang di tanah haram aruah hanya berkerusi roda sahaja dan makan pun kurang selera ...
satu lagi kepuasan diri bila dapat bersama ayahanda bonda dan bonda mertua menunaikan umrah dan menziarahi nabi ... harapan yang selama ini aku doakan ... sebetulnya untuk bersama menunaikan haji ... tapi alhamdulillah masih tertunai jua doa dan harapan aku ini .... sekali lagi tidak dapat digambarkan akan kesyukuran dan kenikmatan kebahagian yang tidak terkira bila dapat bersama sama melakukan tawaf dan saie .... merasai akan keseronokan dalam kepayahan membantu ayahanda menunaikan umrah setelah kali terakhir menunaikan haji tahun 2015 ... 
Ayahanda ku akhirnya tewas tarikh hari ini 2019 setelah cuba berkali kali memberikan senyuman terakhir aruah ... aku jualah orang yang terakhir yang aruah lihat sebelum ditidurkan untuk ventilated pada jam 4 pagi  ... sayu pandangan aruah tatkala itu seolah olah tahu yang inilah yang terakhir buat dirinya .... aruah hanya dapat bertahan di ICU hanya 2 hari sahaja sebelum pergi di waktu isyraq hari Jumaat 05hb April 2019 ..

SEPAGI DI BULAN APRIL 2020 PKP (MCO) END OF WEEK 3

Di pagi jam 7.30 ini aku terus meredah lebuh raya yang hening dan sunyi ini selepas melepasi sekatan jalan raya yang memerlukan dokumen perjalanan selama wabak covid 19 ini 

dengan dilimpahi sinaran pagi sang matahari yang terus menerangi bumi ini dengan izinNya, aku meneruskan perjalanan yang jauhnya hanyalah 30km sahaja dari rumah aku 

bila melalui lebuh raya ini terasa macam berlakon filem ' I'M LEGEND'