merasa akhirnya my baby ni keluar buat kali pertama berjalan-jalan di mall setelah terperap lama di rumah gara-gara covid19 ni ... hari hari bertanya bila lagi nak duduk hotel ... mentang mentanglah PM ada beritahu boleh dah melancong Domestik last 3 weeks...
23.6.20
AKHIRNYA SETELAH TERPERAP DI RUMAH 24 JAM SEHARI BERBULAN BULAN
FOTO PUSARA ARUAH ABAH YANG TERBARU 19/06/2020
dah lama tx ziarah aruah abah ... sejak MCO ni dah almost 3 bulan tidak dapat masuk kawasan perkuburan ni..
18.6.20
POKOK BUNGA DIANTHUS
POKOK ini dibawa dari Sandakan untuk ditanam di rumah .... dipanggil pokok bunga dian .... bahasa melayu dian bermakna lilin .... tapi dalam laman web hanya tertera bunga dianthus ... so mungkin pun sama spesis selagi dia tidak berbunga ...
BUNGA DIANTHUS ni banyak khasiat dan bisa digunakan untuk pening, sakit kepala, cirit birit, sembelit, bertindak macam air selusuh, untuk batu karang, jangkitan saluran kencing dan cuci darah.
Buat masa ini dah 3 bulan ditanam dan masih belum berbunga lagi ... biasa ia mula berbunga jika tinggi pokok ini sampai ke takat pinggang ...
ALTERNATOR WAJA FIRST MODEL HANG KANG
alternator ni original dan tx pernah ditukar sejak tahun 2001 dan bermakna sudah hampir 20 tahun digunakan tanpa ada apa apa masalah. Namun tugasan nya sudah sampai ke penghujung bila ia tidak lagi mampu untuk mengcas kembali battery kereta .... maka ia digantikan dengan alternator recond yang warranty hanya 6 bulan sahaja ...
kos tukar alternator recond ini hanya RM 460.00 sahaja dan alhamdulillah dan boleh digunakan kembali waja di persada jalan raya.
5.6.20
kapasitor AIR cond Mitsubishi
Aircond bilik anak dara aku tiba tiba panas dan tx boleh sejuk langsung ... ngam ngam time tu PKP dilaksanakan minggu depan nyer ... tx sempat nx panggil pakar aircond time tu.. so tersadailah aircond tu selama 2 bulan tanpa digunakan ...sempat gak cuci blower dan filter dia ..so kira macam aircond baru ler ... last last ambil initiative sendiri layari web cari sebab kenapa aircond panas ... emmmm ni kot problem nya .. kapasitor aircond ... beli di lazada kapasitor 'buy 1 free 1' dengan harga cuma RM 16.90 jerrrrr .... hanya harga ini kekadang dok hairan kenapa diorang charge sampai beratus .. mungkin diorang suruh kita bayar duit petrol... tol ... tenaga buruh ... mengalahkan upah aku sejam ...
so aku pun dengan dedikasi memasang semalam ... dan alhamdulillah ... bila switch on aircond terus menggigil pada temperature cuma 23 celcius ....
bidara VS kaduk
Pokok bidara ini Ibu Mertua ku yang bawa dari Sandakan ... beliau menyarankan untuk aku tanam dan pelihara pokok ini memandangkan orang ghumah aku kurang sihat sejak PICA aneurysm ..
Yang ni pokok menjalar yang banyak terdapat di tepi jalan depan rumah aku ... aruah ayahanda aku yang tanam ... kalu perasan bentuk daun lebih kurang sama semasa daun tu masih muda .. banyak khasiatnya .. Bonda ku selalu masukkan daun ni dalam lauk masak labu ... terbaik
EXZOS terbaik buat PFQ
setelah 20 tahun berkhidmat akhirnya exzos PFQ ni bocor ... dan mengenangkan mao pakai lagi PFQ ni alang alang tukar exzos yang terbaik ..
terbeli di kedai exzos sebelah Tesco berdepan PBP
merasa gak kereta bunyi sport ... vroommm
BERLOBANG
RETAKAN
NANAS DAN selasih
nanas ni dah 3 kali dah berbuah .... maksud nyer berbuah ..pucuknya diambil dan ditanam ..berbuah lagi dan pucuknya ditanam semula
susah nx bela pokok selasih ni ... banyak sangat bena hitam menyerang ...nasib nasib jer dapat pucuk nya untuk dibuat ulam penghilang kahak
2.6.20
Subscribe to:
Posts (Atom)