13.9.20

KLINIK KESIHATAN KOMUNITI BATU 14 PUCHONG

My baby tidak sihat sejak mula bersekolah tadika hari Isnin 07/09/2020
di bawa ke KK ni hari rabu tapi masih tx OK
di bawa ke casualty Putrajaya hari khamis 2.00 pagi
AXR ... faecolith ? 


 

DIY REFRIGERATOR NOT COOLING AT ALL

Peti sejuk ini dibeli lebih kurang 10 tahun yang lalu ... tx tau kenapa tetiba tidak sejuk langsung bahagian bawah dan bahagian atas sejuk tapi tidak boleh buat ais batu ..... air tx mengeras menjadi ais  
mula mula singgah kedai membaiki alatan electrik tapi harga untuk membaiki boleh tahan ... rasa tidak berbaloi apa tah lagi kena angkut peti ais naik lori .... kira termasuk kos pengangkutan ...

apa lagi ... buka youtube ler cari cara membaiki peti ais 


senang jer nak buka compartment peti ais samsung ni ... pakai pemutar skru philip jer dengan playar muncung tajam ... 


so target buat replacement temparature sensor yang putih ni .... so easy .... lepas tu tengok kat lazada and shopee .... laaaa murahnya sensor ni RM 12.00 jer ... so beli pakai TNG e wallet ... duit  Mysejahtera RM 50.00 ... so totally tx ada kos pembelian cuma ada sedikit usaha dan tenaga nak buka compartment peti ais ni ...
Tunggu seminggu ... barang sampai ... terus pasang balik ... alhamdulillah peti ais berfungsi seperti biasa ... seminggu tx switch on peti ais .. boleh tahan bau nyer.....

so conclusion ... membaiki tanpa mengeluarkan satu sen pun ...

JIMAT GILER

 

POKOK RAMBUTAN ARUAH ABAH ... MENGERING

Tak tahulah kenapa dan mengapa jiran sebelah 2 rumah ini .... mentang mentang aku tx lagi menjenguk pokok aruah abah tanam berbulan bulan ... boleh pulak dia tarah kulit pokok rambutan yang acap kali berbuah bila musim nya .... aku cuba untuk menyelamatkan pokok ini dengan wrapping bahagian kulit yang ditarah ... tapi selepas 6 bulan ... pokok aruah abah mula mengering ... tanda akan mati ... tapi bahagian bawah yang tidak bertarah pula keluar dahan dahan baru bertunas ...


memang aruah abah selalu berkonfrontasi dengan jiran sebelah 2 rumah ini terutama mengenai pokok yang ditanam selama kami tinggal di kawasan perumahan ini yang dah pun masuk 22 tahun...


sedih bila melihat hasil tangan aruah abah akhirnya mengering ... saham aruah abah di alam baqa berkurangan ...

 

12.9.20

PROTON WAJA 1.6A LAMPU ENJIN TERUS MENYALA

Salah satu sebab kenapa lampu isyarat enjin terus menyala adalah disebabkan oleh sensor oksigen ini.


ada 2 sensor oksigen ni dan kena tukar ke dua dua sekali untuk senang cerita ... satu di bawah dekat ekzos dan satu lagi di bahagian enjin


perbandingan antar baru dan lama sensor oksigen

kereta ni dah berusia 18 tahun dan buat pertama kali ditukar sensor oksigen ini dan selepas diganti tiada lagi menyala terus tanda isyarat engin di panel pemandu.