FOTO terbaru rumah ku di Sandakan ... Rumah yang hanya sempat didiami selama satu tahun sahaja ... iaitu tahun 2001 .. rumah millennium konon nyer ...
selebihnya disewakan kepada mereka yang memerlukan rumah sewa ....
seawalnya penyewa adalah kakitangan kerajaan dari semenanjung yang ditugaskan untuk berbakti di bumi di bawah bayu ini ...
sudah 6 penyewa menyewa rumah ini dari tahun 2002 sehingga lah sekarang ...tahun 2020 ...nombor 2 berganjak ke depan ... 18 tahun dah berlalu ...
alhamdulillah semua penyewa adalah mereka yang bertanggungjawab dan menghormati perjajnjian sewa .... tapi biasalah kan tiada benda yang kekal molek dan tidak berubah .... so stiap kali penyewa keluar dari rumah terpaksalah dibuat pembaikan sedikit untuk memuaskan hati penyewa yang kemudian ....
setiap kali menziarahi kawasan perumahan ni ... tampak perubahan yang ketara di sekeliling kawasan ... jiran jiran yang dikenali tahun 2001 pun dah tx berapa kenal sangat sebab masing masing pun turut berubah wajah .... maksud ku semakin berusia dan matang .... hahaha ... tx ngaku dah tuo ....
hanya mengharapkan ipar duai untuk membaiki kerosakan yang berlaku dengan keadaan PKP ... sentiasa meghadkan keperluan untuk terbang ke sana.
walaupun bersilih ganti .... lantai tetap utuh ... yang memasang lantai ni orang philipine ... orang suluk ... ada 3 orang yang memasang tile ni ... tak tahu sama ada diorang ni masih hidup ker atau dah aruah ..... tapi kerja diorang cantik dan terbaik ... walaupun harga diorang mintak boleh tahan ... tapi bila kerja cermat dan berpatutan dengan bayaran rasanya tiada rasa masalah ungkit mengungkit ...
backyard yang bersemak ni bukan salah penyewa ... sepatutnya owner kena selesaikan semak ni .. tapi apa kan daya setiap kali menziarahi rumah ini si penyewa tiada di rumah ... maka semak samun ni pun take over lah my backyard....