LENANYA MEREKA MEMBUAI KERINDUAN INI
TIDURNYA MEREKA MENYAPA KESUNYIAN DIRI
NYENYAKNYA MEREKA MELUAH SUATU MIMPI
ANAK-ANAK YANG TIDAK MENGENAL NILAI KEHIDUPAN
KEHIDUPAN YANG HANYA SEMENTARA
HARUS DIPUPUK NILAI CINTAKAN ALLAH
SUPAYA MEREKA SEDAR TINGGINYA LANGIT DARI BUMI
SUPAYA MEREKA MENDONGAK ... BUKAN KERANA ANGKUH
TETAPI UNTUK MEMUJI KEJADIAN CIPTAAN ALLAH
YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA