tidak kah kita sendiri melihat bertapa kerdilnya kita di bandingkan dengan kerajaan ALLAH..
apakah kita wajib untuk terus memejam mata hanya kerana menipu diri sendiri...
di manakah nilai kesedaran hati ini...
tidak malukah kita berlagak sombong di atas muka bumi ini yang fana....
kenapa harus kita membiarkan diri ini tuli dengan KEBESARANNYA...
hanya manikam kenal jauhari..
tepuk dada tanya selera..
sudah gaharu cendana pula..
sebenarnya bukan Melayu mudah lupa..
manusia sejagat sebenarnya mudah lupa..
manusia yang terlupa akan saat kematian..
manusia yang terlupa akan AZABNYA nanti..
manusia yang terlupa kubur semakin menghimpit..
manusia yang terlupa akan dibaluti kain putih nanti..
manusia yang terlupa hidup hanya puluhan tahun sahaja..bukan ratusan tahun!!
SUBHANALLAH