24.8.13

pokok bakawali

Pokok bakawali mempunyai batang berwarna hijau coklat gelap yang mempunyai bintil atau lentisel. Daunnya berwarna hijau gelap dengan bentuk jantung. Terdapat akar udara pada batang pokok bakawali yang menyebabkan pokok melekat pada batang pokok (pokok mangga atau pokok margosa sesuai). Jika berbunga ianya berwarna kekuningan dan keluar dari bahagian batang yang matang dan tua. Jika berbuah ianya adalah buah jenis pepauh yang berwarna kemerahan apabila masak.
Kegunaan

Bakawali merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompoun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bakawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Banyak kajian perlu dijalankan untuk tumbuhan ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu.

Dalam bidang pertanian pokok bakawali sangat berguna untuk mengawal tikus di sawah padi. Tikus (Rattus argentiventer) merupakan salah satu perosak dalam penanaman padi dengan memusnahkan pokok padi sehingga 100% dan mampu mengurangkan hasil tuaian padi. Satu kajian telah dijalankan di Kampung Gambiran, Bayuwangi, Jawa Timur untuk menggunakan bakawali dalam menghalang serangan tikus. Sebanyak 1 kg bakawali segar diambil dan 1 kg jering dicampurkan bersama 3 kg ubi gadung (Dioscorea hispida) (diparut) kemudian dicampur dengan 1 liter air. Larutan ini kemudian di tapis dan di semburkan di keliling batas kawasan sawah padi dengan kekerapan 3 hari sekali semburan. Hasilnya tikus tidak datang kekawasan sawah padi untuk memusnahkan tanaman. Tikus tidak datang dengan bau jering, pahit dari bakawali dan ubi gadung.
Penanaman

Pokok bakawali mudah ditanam dan dibiakkan di Malaysia dan tahan dalam keadaan cuaca kering dan panas. Penanaman bakawali adalah sangat mudah dijalankan. Penanaman menggunakan keratan batang dari pokok yang cukup umur dan ambil spenjang 40-50 cm batang. Cacakkan keratan batang dalam pasu atau atas tanah dengan bahagian atas batang menegak keatas (Jangan terbalik). Pastikan tanah diberikan baja organik dan tidak terendam. Tunas baru akan tumbuh dalam 10-15 hari dan biarkan tersu memanjang dan memanjat atau melilit batang tumbuhan atau dinding rumah. Pemerhatian saya pokok bakawali tidak diserang sebarang serangga perosak atau kulat. Pokok akan terencat jika tenggelam dalam air dalam masa agak lama. Pokok yang subur mempunyai bilangan daun yang banyak dan sangat rapat.
Penuaian

Kutipan hasil boleh dijalankan selepas 6-10 bulan penanaman dengan bahagian batang bakawali telah matang dan tidak mempunyai daun lagi. Penuaian batang pokok di India dijalankan dengan memotong batang-batang bakawali dan dikumpulkan senelum di keringkan dan di potong. Proses pengeringan dengan menjemur dibawah sinaran matahari selama 4-7 hari sebelum di proses menjadi keratan batang bakawali, Bakawali kering atau di kisar untuk menjadi serbuk bakawali. Batang bakawali yang kering boleh di simpan lama sebelum digunakan.