26.4.14

WAJA KU

Waja ku buat hal lak.... setelah diambil alih selama 6 bulan ..ia kembali ke tangan ku dengan banyak permasalahan... dimulai dengan absorber ditukar 4 sekali bersama maounting absorber ... kemudian clutch plate pun ditukar juga dan sekarang compressor .... kereta lama banyak berjasa .. sayang untuk dijual.. kena maintainlah agar dapat digunakan oleh anak anak aku nanti ....إن شاء الله

ANASARCA

semalam aku dikejutkan dengan panggilan dari anak tiri aruah yang memaklumkan bahawa beliau sudah meninggal dunia petang semalam setelah dimasukkan ke dalam wad selama 4 hari akibat kegagalan buah pinggang.... aku tidak tahu apa motif nya bila beliau disuruh pulang tatkala aku merujuk beliau ke hospital 2 minggu lalu dan beliau hanya disuruh pulang dan makan ubat seperti biasa.... sedangkan beliau memang total ANASARCA... إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

19.4.14

PENANG ..... MARCH 2014


anak kucing

bertambah tambah lah bilangan kucing peliharaan kami ini... jiran jiran marah sebab kucing berak di car porch mereka tapi aku maklumkan bahawa kucing aku berak di tempat yang di sediakan dan yang lain tu kucing liar.... padahal kucing aku gak.... kena jaga line ... jiran jiran aku pun 2X5 kurang menjaga kebersihan dan nak sapu sampah depan rumah pun kena upah minah Indon... yelah diorang banyak duit boleh kot buang buang duit macam tu....

layan mengantuk...

View yang diambil ketika dan di saat yang teramat sangat mengantuk kerana kerja overnight dan hasilnya adalah view panorama yang di mabil dari hujung ke hujung bilik..

KERJA DAN TERATAK KERJA

keceriaan dalam suasana pekerjaan..... walaupun tiada kena mengena tapi jika ada suasana yang menarik kerja yang berat pun terasa ringan serta komunikasi terukpun boleh jadi lancar kerana suasana ini ... gaya yang santai dan relax benar benar mampu menjadikan pekerjaan yang sibuk menjadi senang

dengan warna warna yang berbeza beza bagi setiap ceruk dapat membangkitkan rasa ingin tinggal lama di sini dan waktu yang terluang seakan sekejap dirasakan ... 

kegusaran diri

makin lama makin sesaklah depan rumah aku ini... dah tak macam dulu ...tenang dan relax... sekarang macam compact sangat... dengan kereta yang semakin bertambah dan berebut parking di rumah.... jiran ku ramai cima dalam deretan tetres ini hanya 2 orang melayu dan 1 india... 7 cina... tapi semangat kejiranan masih mampu bertahan lagi... even cina jiran cina pun tak ngam.. mungkin suku lain kot...

Yang kereta Atok Chik aku yang berusia 76 tahun.. ex MA dan anak timbalan pengarah PPUKM...  engine kereta temperature naik.. so kena ganti motor kipas radiator... my experiance dulu macam ini juga tapi last last engine terbakar .. so kena ganti enginea second hand... kekadang terasa yang mekanik ini berniaga tidak ikhlas... taulah nanti menjawab di akhirat kelak...

gambaran panorama 2014


suasana malam deretan kedai di kawasan BPP... kawasan yang dulunya kawasan berbukit dengan pokok getah dan penghuninya adalah orang India.... sekarang bila dah maju menjadi kawasan orang cina ... melayu dok di tengah tengah... 

Kawasan bekas lombong bijih timah Puchong... dulu ada buaya puchong.. kalau dah bunoh orang campak sahaja mayat di lombong ini terus kena baham dengan buaya... sekarang buaya dah tak ada tapi buaya darat banyak sangat dan pelbagai bangsa dah sekarang.. yang kena gula gula budak perempuan melayu cina dan india... 

Yang ini selingan .. buat renovation sikit kat belakang rumah .. sempat lagi  cendawan ini tumbuh di celah dinding ... ketika itu musim hujan.. petang sahaja terus musim hujan ... sekarang musim kemarau dan musim catuan air paip...

12.4.14

BATU FERINGGHI 2014

walaupun sudah 10 tahun berlalu tiada banyak perubahan yang dapat dilihat melainkan kawasan bukit banyak yang telah didirikan bangunan pencakar langit dan terdapat jua beberapa hotel yang pernah di singgahi telahpun tiada operasinya. Hanya tinggal bangunan yang kosong sahaja. Suasana nya seperti di pantai Port Dickson di mana terdapat hotel hotel yang ditinggalkan begitu sahaja kerana mungkin kerana kerugian dalam opersinya.

Permandangan ini pun agak biasa didapati bagi setiap hotel yang besar... laluan air kumbahan ke laut.. yang peliknya mereka tidak perasan yang yang mengalir berdekatan kawasan pelancung beriadah. Air laut memang air mutlak dan ini langsung tidak mengubah status kemutlakan air laut ini... tapidengan aliran yang perlahan lahan ini ... mungkin antara factor berlakunya kegatalan kulit selepas mandi laut.

ditawarkan menggunakan parachutte mengikut keluasan kawasan yang diredahi... hanya 15 minit anda perlu mengeluarkan RM 150.00 semata mata sukan ini... mereka yang mengendalikanya adalah anak anak tempatan yang berkulit gelap sawo matang... Paling tinggi ditawarkan RM 250.00 selama 30 minit... 

Pantai tetap bersih dan cantik.... pasir macam biasa tidaklah sehebat pasir di LAut Cina Selatan @ Teluk Belanga... tapi inilah pantai Pulau Pinang.


Mentari di ufuk timur



MASJID ALHUSNA 2014


Masjid yang menjadi tempat menambahkan ilmu agama di dada ... hampir separuh dari jemaah masjid ini adalah pendatang asing... dan kebanyakan orang tempatan adalah orang yang sama hadir di masjid ini.. orang orang 40 an dan 50 an ... mungkin kerana terdapatnya banyak surau berdekatan dengan kawasan taman ini maka mereka lebih selesa mengimarahkan surau dari masjid... atau aku sendiri yang kurang hadir dan terus membuat tafsiran palsu demi untuk kepuasan diri sendiri... 

8.4.14

tawakal hendakNya


belum boleh buat 4D lagi...

5.4.14

FRANCISCA PETER 1986 AND 2013

Tahun 1986 telah berlalu meninggalkan banyak kenangan yang tidak lagi dapat dikembalkan lagi segala apa yang telah berlaku... aku masih di SMS ketika itu dengan kecelaruan bidang yang patut dan mesti aku ceburi... ketika ini berlakunya recession yang agak teruk dengan kadar pengangguran yang agak tinggi...  lantas aku buat keputusan untuk menceburi bidang yang memang agak kurang menarik bagi ku ... 
AKU MASUK ASASI SAINS 

sempat berposing sewaktu program KKM dengan Francisca Peter .... setelah 28 tahun berlalu  dengan rezeki masing masing .. siap pegang bahu lagi.... so cute...

BLACKBERRY VIDEOMAKER


sudah sedia ada dalam BB aku setting ini dan tidak mengecewakan akan kegunaan applikasi ini walau pun duration nya agak pendek.. tapi masalah bila nx upload dalam whatsapp telegram dan juga FB...selalu kantoi sebab file does not match the criteria..  
video ini dibuat on the day lepas beli BB ni.....  for my beloved wife

KEHENINGAN SENJA


DI KALA SENJA MELABUHKAN TIRAINYA

Setiap masa dan waktu yang berlalu..
pasti tidak akan kembali lagi...
dan kita terus menikmati...
akan kehidupan duniawi yang fana bana ini...

Setiap kali senja melabuhkan tirainya..
aku tertanya tanya akan apa yang telah aku lakukan....
mata aku berkelip kelip ... 
hati aku kegusaran .. 
apakah aku menimbunkan dosa atau aku mengurangkan pahala...
jantung terus berdetik dengan kehendakNya...
Lambaian Kaabah semakin jauh ....
Ada antara mereka yang pulang langsung tiada berjiwa tawaduk..
adakah aku seperti mereka... 

Setiap kali senja melabuhkan tirainya..
Aku tersentak memikirkan kelalaian aku..
dengan kubur semakin dekat..
aku dibuai dengan kelekaan sendiri..
adakah aku seperti mereka... 


PULAU PINANG 2014







jejantas seusia 20 tahun....

malangnya tiada orang mahu menggunakannya kerana jalan raya boleh  dilintas dengan mudahnya...

my tablet 2012-2014



orang memerhatikan sahaja tablet ini kerana ia first version sony... tobal noo...

4.4.14

FAMILY DELUXE BAYVIEW RESORT HOTEL BATU FERINGGHI







teramat selesanya bermalam di sini ... terasa tidak mahu check out awal dan mahu tidur sepanjang masa di sini... thumbs up dengan bilik ini... tapi kena tengok harga lah satu malam berapa... RM 480.00 beb.. hahahaha... bayaran sewa sebulan rumah teres satu tingkat...@ perodua MyVi  installment sebulan... demi untuk isteri dan anakku bersantai ...

ALONG & YUNAH 2014

Hero aku

Hero dan Heroin aku

Hero aku

Heroin aku

Heroin aku

Dulu naik Bukit Bendera my hero and heroin ni kocik lagi.. tahun 2003 and 2004... sekejap jer masa berlalu dah 10 tahun dah ...sekarang dah besar dah my hero and heroin ni.. tengok macam tx de mood nak naik bukit bendera ni... tak seperti 10 tahun yang lalu .. ceria dan excited .. emmm aku pun dah tuo dah ni..  suasana tidak banyak berubah cuma ada platform dan kejiranan ambil kesempatan menyediakan cark park yang sekali masuk RM 5.00 ... masa tidak terhad .... no choice and what to do ..... sekrang ni MPPP ada projek tempat letak kereta bertingkat di sebelah station bawah ... nampaknya macam 3 tingkat dan macam tx cukup ajer...

BUKIT BENDERA 2014





HOTEL SERI MALAYSIA PENANG 2014

how to say..... memang expectation tidaklah tinggi sangat cuma harapkan keselesaan..
dengan pakej family room.. boleh lah sebagai hotel budget 

satu satunya plug yang available dalam bilik...

menghadap masjid bayan baru tapi tidak singgah .....