12.4.14

BATU FERINGGHI 2014

walaupun sudah 10 tahun berlalu tiada banyak perubahan yang dapat dilihat melainkan kawasan bukit banyak yang telah didirikan bangunan pencakar langit dan terdapat jua beberapa hotel yang pernah di singgahi telahpun tiada operasinya. Hanya tinggal bangunan yang kosong sahaja. Suasana nya seperti di pantai Port Dickson di mana terdapat hotel hotel yang ditinggalkan begitu sahaja kerana mungkin kerana kerugian dalam opersinya.

Permandangan ini pun agak biasa didapati bagi setiap hotel yang besar... laluan air kumbahan ke laut.. yang peliknya mereka tidak perasan yang yang mengalir berdekatan kawasan pelancung beriadah. Air laut memang air mutlak dan ini langsung tidak mengubah status kemutlakan air laut ini... tapidengan aliran yang perlahan lahan ini ... mungkin antara factor berlakunya kegatalan kulit selepas mandi laut.

ditawarkan menggunakan parachutte mengikut keluasan kawasan yang diredahi... hanya 15 minit anda perlu mengeluarkan RM 150.00 semata mata sukan ini... mereka yang mengendalikanya adalah anak anak tempatan yang berkulit gelap sawo matang... Paling tinggi ditawarkan RM 250.00 selama 30 minit... 

Pantai tetap bersih dan cantik.... pasir macam biasa tidaklah sehebat pasir di LAut Cina Selatan @ Teluk Belanga... tapi inilah pantai Pulau Pinang.


Mentari di ufuk timur