30.8.14

MY BABY 2014


sekian lama hidup berempat tiba tiba Allah bagi rezeki yang tidak disangka sangka.... begitu suasana kehidupan duniawi yang setiap insan yang berpeluang untuk merainya akan melalui keadaan begini... semuanya Allah yang punya.. dan Allah yang memberikanNya.... kehadiran yang kali ini terasa janggal yang amat sangat kerana selama ini telahpun ditinggalkan perkara yang memerlukan perhatian 100% dan akhirnya kembali melalui suasana begitu kembali.....kekok dan serba salah dibuatnya.... melayang karenah si comel ini yang menjadi semula keceriaan diri ku yang semakin lama semakin menuju ke arahNya..... bayangkan di usiaku menjangkau 65 tahun...jika dipanjnagkan umur ku ini.. baby ni baru sahaja berusia 20 tahun.... jika mmasih belum berlakunya kiamat.... 2034..

PENANG 2014






MUAR 2014

MAKAN MEE BANDUNG KAT MUAR SELEPAS MELAWAT PAK LONG DI HOSPITAL MUAR...

day 28 of life

tanpa flash

dengan flash

semalam cukur kepala baby... cukur kepala seperti cukur tahalul awal 2012.. genap umur 28 hari hari dicukur kepalanya... alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun masih tertangguh aqiqah nya.... masih cuba mencari agen yang sesuai untuk menguruskan aqiqah yang sunat muakad ini... memandangkan hari raya qurban pun dan hampir rasanya akan diusulkan bersama qurban yang sudahpun dibuat sejak kembali dari tanah suci...itupun ikut kata ibunya. Seandainya ibu tidak setuju maka terpaksalah mencari jalan lain untuk memudahkan aqiqah ini... anak lelaki diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Dulu aqiqah murah sahaja tapi sekarang mengikut harga pasaran.. dan terpaksan menanggung kos pengangkutan sekali... kalau nak murah boleh pergi ke ladang peliharaan lembu kambing dan beli angkut sendiri...

9.8.14

abah ku masuk hospital


abah ku memang handal... walau pun ada seperkara yang menjadi antogonis buat diri ini..
masuk hospital macam masuk rumah jer.. langsung tiada erti was was atau takut..
sendirian ke hospital dengan ditemani oleh adik ku.... 
anak menantu tx der pun datang melawat..
buat tx kisah pun..abah pun tx kisah...atau mungkin ada yang berkata ada aku kisah..
tapi siapa lah tahu dalam hati abah.... 
esok lusa jika umur panjang yang muda pun turut merasai suasana begini...
di Muar ada saudara jauh abah bersuara....
'errr Nuar ... bila kau masuk hospital ada ker orang Muar datang menjenguk..'
abah gelak besar sebab abah dah biasa tidak pernah dilawati oleh mereka... 
abah jawab dengan sempoi 'yelah nak buat cammana ... diorang nak bergerak pun susah'
dan abah menambah lagi 'saya masih boleh bawa kereta ... tak menjadi masalah....' 
abah memang  best ler... abah selalu ingatkan orang tapi orang tak ingatkan abah...
dalam seusia ini ... abah dah mula cerita mengungkit yang hidup atau yang mati...
kenangan lalu lah katakan .....
abah tolong sekian manusia tapi manusia ini tak ada hati nak jumpa abah...
bukannya kita nak minta balas balik jasa tu... cuma minta dihargai...
yelah dah tolong tu rajin rajin lah berdatang jenguk... jangan ditangguhkan..
mungkin sekarang ni ramai dah jadi .. 'ada aku kisah'..
Abah tetap selamba dengan putung rokok di celah jari...

atok chik Ali Jantan yang sentiasa dengan abah..
walaupun kekadang tx sekata...

abah ku memang hebat....


MY EX PENGARAH HDOK


dah pencen dah my ex pengarah ni....

Di awal pagi di bulan Oktober 1996 aku buat pertama kali menaiki pesawat boeing MAS untuk meneruskan posting aku ke negeri di bawah bayu bersama dengan harapan yang hanya tinggal harapan. Aku sampai dengan terpaksa mengubahkan waktu jam tanagn ku kerana di sana awal 30 minit. Aku hanya dapat bertemu dengan timbalan pengarah negeri Dr. Mohan dan tanpa sebarang salam perkenalan beliau terus menunjukkan peta negeri di bawah bayu ini di mana aku akan menjalani posting ku ini selama paling kurang 2 tahun sebelum aku dibenarkan memohon untuk kembali ke semenanjung. Kurang mesra kah di sini atau penampilan aku yang kurang menyakinkan menyebabkan timbalan pengarah bersikap demikian. Bersama aku adalah sepasang suami isteri yang sama sama dengan ku mengharungi final exam tahun1995. Nasib baik 'kawan seperjuangan' aku ini sudi membantu kerana orang rumahnya adalah orang tempatan Tiket dibeli dengan wang sendiri dan penerbangan seterusnya pada petang hari yang sama juga. 2 penerbanagan dalam sehari. Kecut perut aku sebab tidak pernah melalui peristiwa begini. Sesampai ke destinasi aku terus dihantar ke hotel di bandar memandangkan 'kawan seperjuangan' aku ini mungkin cuba mengurangkan rasa ketidak selesaan aku berada di rumahnya yang ada anjing dan mungkin makan makanan yang tidak halal bagi orang Islam. Dan buat pertama kali dalam hidup aku merasai untuk menginap hotel. Malam mula melabuhkan diri dan aku mula merasa tersangat lapar. Dengan melihat akan cafe yang ada cukup untuk mengenyangkan aku kerana aku rasakan istilah halal tidak wujud di cafe ini. Maka bermalamlah aku tanpa diisi perut ini walhal dompet aku berkepul dengan wang ungu, 
Keesokan harinya aku sedar jam 6 pagi  tapi keadaan secerah pukul 8 pagi dan waktu subuh sudahpun berlalu. Terdetik rasa tidak gembira dengan suasana begini. Aku pun berjalan berseorangan ke destinasi ku yang sejauh 6 kilometer dan aku sampai awal 15 minit dari waktu kerja pejabat. Di sinilah mulanya aku bekenalan dengan pengarah aku ini. Suasana berbeza apabila salam perkenalan begitu santai dan beliau banyak memperkatakan mengenai sikap yang banyak dipengaruhi dengan suasana sekeliling. Aku hanya mengiyakan sahaja. Setelah hampir sejam kami berbual dengan santai, beliau terus mengatakan untuk melengkapkan posting aku perlu untuk membuat posting yang belum pernah aku buat. Aku sekali lagi mengiyakan apa yang diperkatakan oleh beliau. Dan bermula dalam sejarah ku sikap yang dioengaruhi oleh keadaan sekeliling. 

high rating



akhirnya semua selamat alhamdulillah
jarak jauh yang memenatkan dan rezeki yang diberi tidak memudaratkan..... segala galanya berjalan dengan lancar dan jayanya.... kerisauan yang melanda hati selama ini akhirnya terjawab dan aku memang hanya mampu bertawakkal kerana hendakNya... kelahiran yang menjarak ini perlukan banyak pengorbanan.. apa yang selama ini telah dirancang terpaksa diubah formulanya gara gara datangnya orang baru... didikan yang bakal diberi tetap sama dan atok chik Ali Jantan mendoakan sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati aku untuk digapai oleh si kecil ini.... aku mahu anak anak ku mengikut resmi padi... semakin berisi semakin menunduk dan bukan bertanduk .... tanduk yang akhirnya tidak ke mana... di situ jua ...

Rumah Mak Uda Mona 2014


Raya tahun ini pelik sikit sebab beraya ke rumah orang tapi berpuasa ...
ada terasa untuk menjaga hati mereka mau jer makan tapi
sebab niat utama hanya bertandang ke rumah Atok Chik Ali Jantan 
so tak tergamak nak buka puasa...
dapat gak complete puasa 6 syawal awal seawal 8 syawal..
anak Pak Ngah Rainey yang nombor tiga ..Hanif yang berbaju petal kecil
sebleahnya kakak si Hanif yang kahwin tahun 2010...
dah 2 orang anak...

kawan lama 2001

kawan lama di sandakan 
dulu semangat tapi sekarang slim
Major Depression
PHN Rusni

newcomer 2014

bila bergurau dia senyum
bila nak ambil gambar stare eyes lak

asyik mengerut ajer bila nak bergambar...

after a moment comes out from womb