9.8.14

MY EX PENGARAH HDOK


dah pencen dah my ex pengarah ni....

Di awal pagi di bulan Oktober 1996 aku buat pertama kali menaiki pesawat boeing MAS untuk meneruskan posting aku ke negeri di bawah bayu bersama dengan harapan yang hanya tinggal harapan. Aku sampai dengan terpaksa mengubahkan waktu jam tanagn ku kerana di sana awal 30 minit. Aku hanya dapat bertemu dengan timbalan pengarah negeri Dr. Mohan dan tanpa sebarang salam perkenalan beliau terus menunjukkan peta negeri di bawah bayu ini di mana aku akan menjalani posting ku ini selama paling kurang 2 tahun sebelum aku dibenarkan memohon untuk kembali ke semenanjung. Kurang mesra kah di sini atau penampilan aku yang kurang menyakinkan menyebabkan timbalan pengarah bersikap demikian. Bersama aku adalah sepasang suami isteri yang sama sama dengan ku mengharungi final exam tahun1995. Nasib baik 'kawan seperjuangan' aku ini sudi membantu kerana orang rumahnya adalah orang tempatan Tiket dibeli dengan wang sendiri dan penerbangan seterusnya pada petang hari yang sama juga. 2 penerbanagan dalam sehari. Kecut perut aku sebab tidak pernah melalui peristiwa begini. Sesampai ke destinasi aku terus dihantar ke hotel di bandar memandangkan 'kawan seperjuangan' aku ini mungkin cuba mengurangkan rasa ketidak selesaan aku berada di rumahnya yang ada anjing dan mungkin makan makanan yang tidak halal bagi orang Islam. Dan buat pertama kali dalam hidup aku merasai untuk menginap hotel. Malam mula melabuhkan diri dan aku mula merasa tersangat lapar. Dengan melihat akan cafe yang ada cukup untuk mengenyangkan aku kerana aku rasakan istilah halal tidak wujud di cafe ini. Maka bermalamlah aku tanpa diisi perut ini walhal dompet aku berkepul dengan wang ungu, 
Keesokan harinya aku sedar jam 6 pagi  tapi keadaan secerah pukul 8 pagi dan waktu subuh sudahpun berlalu. Terdetik rasa tidak gembira dengan suasana begini. Aku pun berjalan berseorangan ke destinasi ku yang sejauh 6 kilometer dan aku sampai awal 15 minit dari waktu kerja pejabat. Di sinilah mulanya aku bekenalan dengan pengarah aku ini. Suasana berbeza apabila salam perkenalan begitu santai dan beliau banyak memperkatakan mengenai sikap yang banyak dipengaruhi dengan suasana sekeliling. Aku hanya mengiyakan sahaja. Setelah hampir sejam kami berbual dengan santai, beliau terus mengatakan untuk melengkapkan posting aku perlu untuk membuat posting yang belum pernah aku buat. Aku sekali lagi mengiyakan apa yang diperkatakan oleh beliau. Dan bermula dalam sejarah ku sikap yang dioengaruhi oleh keadaan sekeliling.