27.9.14

WAJA SILVER DALAM KENANGAN



Actually Waja ni adalah hak milik bapa ku atas nama ku sebagai pemberian aku kerana selama ini tiada anak pun yang cuba untuk membantu ayah ku untuk memilik kereta baru .... so demi untuk bapa aku, aku ambilkan waja ni khas dari Pulau Pinang tat kala aku baru sahaja kembali ke semenanjung Untung duit jualan kereta wira lama bapa aku gunakan sebagai deposit waja dan selebihnya aku pulangkan semula kepada bapa ku ..... seterusnya bermulalah tanggungjawab aku untuk membayar bulanan selama 7 tahun termasuk kos penyelenggaran... Namun bapa ku mula menyelenggarakan sendiri setelah cukup tempoh 7 tahun berlalu dan waja ini sudah pun berusia 10 tahun. Pernah ditukar enjin apabila ia berasap dengan bantuan adik ku dapat enjin yang seusia kereta ini dari negara jiran dengan kos RM 5000.00... waja hanya tinggal kenangan setelah aku membeli Volkswagen POLO 1.6 untuk bapa ku di bulan Mac yang lalu...