1.11.14

al fatihah buat pak long ku......

di kala usia yang senja ini pak long aku telah kembali ke rahmatullah tanggal 25 hb Oktober 2014 bersamaan dengan 1 Muharram 1436 Hijrah di hospital pakar Muar.... cause of death septicaemic shock with uncontrolled DM and perineal abscess. Pak long aku seorang yang bila bersuara penuh dengan makna dan aruah bukannya orang seperti bapa ku .... seorang yang pendiam dan tidak banyak bicara. Bila pulang ke Muar pasti bila bersama akan masing masing berdiam diri cuma pak long suka berteriak bila berjumpa "haaa Man ... macam mana dengan kerja?" Namun sejak dua menjak ini mungkin disebabkan oleh kekangan penyakit yang dialami aruah memang kami kurang berbicara dan aku acapkali bertanya akan kesihatan aruah ... sudah pasti jawapannya " yelah man .. pak long pun dah tua ... anak anak semua dah ada keluarga ... jangan risau lah dengan pak long.." Aruah memang tidak suka menyusahkan anak anak dan aruah sendiri berubat sendiri dengan ubatan tradisional tak kisah lah ubat cina ker... ubat indon ker.. ke klinik pun tx guna sebab ambil ubat tapi tak tahu sukatan dan masa untuk menelan ubat klinik... jika dibandinngkan tiga adik beradik ini ... aruah, bapa ku dan Pok su ku... memang bapa ku terror abis... bukannya nak puji bapa sendiri tapi memang bapa ku memang terror... dari CCF dan CAD terus ke Gastritis dan Rectal Ca kemudian bilateral catarract selepas tu inguinal hernia ... dan macam macam lagi... tapi bapa ku steady lagi dan masih merokok.... emmmm aruah dan Pok su tidak pernah merokok... itulah kuasa Allah...
SEMOGA ROH PAK LONG KU BERSAMA ROH ORANG ORANG YANG SOLEH