25.1.15

25JANUARI 2015

هاري   اين  ادله هاري   اولع  تاهون  كلاحيرن  ابع  اكويع  ك 48  تاهون

4.1.15

buat renungan seketika.... SIAPALAH KITA

tatkala kita sibuk dengan urusan duniawi dan bertungkus lumus untuk meraih kehidupan yang lebih baik... terkadang kita LUPA siapa diri kita di atas muka bumi ini... setiap ketentuan adalah dari ALLAH .. maka setiap perkara yang berlaku walaupun kehendak kita yang pastinya kita kena redha akan ketentuanNya...  kita hanya mampu berusaha dan ALLAH yang tentukan segala-galanya... diperingkat awal janin pun ALLAH yang tentukan walaupun kita berusaha dengan segala daya upaya untuk mengelakkan dari berlakunya perkara seperti di atas... ambillah ikhtibar bahawa sesungguhnya manusia itu tiada kuasa melainkan ALLAH .. di akhir zaman ini manusia semakin alpa akan tanggungjawabnya terhadap yang Maha Esa.. memang hidayah datang dengan izin ALLAH .. tapi tanpa usaha kita tidak akan nampak hasilnya... terang lagi bersuluh tat kala zaman ini di mana hiburan menjadi entiti besar dalam hidup hasil dakyah pihak zionis ... kiri dan kanan ada sahaja umat yang tidak solah 5 waktu ....diajak bersolah hanya dibalas dengan senyuman sinis... masjid sunyi dari majlis tazkirah... ahli qariah masjid berbalah kerana tidak sehaluan....apatah lagi membaca dan memahami Al-Quran.... memang nanti bila ada umat yang cuba membangunkan sunnah dianggap asing oleh masyarakat dan tatkala itu nantikan kita hari pengakhiran zaman .... terkadang terdetik jua di hati ini .. kenapa mereka begini?... tapi apakan daya dan siapalah kita ... hanya doa menjadi senjata ..... 
sejenak aku memikirkan mengenai pendapat seseorang mengenai imam 4 yang  ilmu mereka terlalu hebat dan gah berbanding ilmu ulama sekarang.... sehingga mempertikaikan fatwa yang diberikan... aku hairan kerana orang berilmu pun mampu mempertikaikan fatwa yang diberi sejak dulu lagi dengan alasan menggunakan pemikiran logik... istilah darurat tidak wujud sekiranya tiada aral yang melintang dan kemudahan yang sedia ada serta jarak perjalanan yang walaupun jauh tapi dengan kenderaan 4 pacuan roda tidak menjadikan alasan untuk membenarkan sesuatu yang difatwakan tidak sah... aku hanya mampu berlawan arus dengan hati kerana kurangnya ilmu yang ada.... ALLAHUAKHBAR

3.1.15

berbelas tahun naik flight

naik ATR 72.... aircraft dari france

bergegar bila langgar awan

anak aku gayat sikit... selalu naik boieng dan airbus tetiba kena naik transit flight... ATR 72 pulak tu... nasib baik fokker F27 aircraft dari holland dah kena discontinued

cuti cuti malaysia akhir December 2014

sawah bendang yang menghasilkan Beras Sabah

funfair di Taman Indah Jaya

Anak bersuka ria di funfair Taman Indah Jaya

Tabung Masjid Ranau

buah mahkota dewa 

hotel promenade kota kinabalu

LAUK AQIQAH BABY 2014

Kambing dimasak kari dan tiada pilihan lagi

Alhamdulillah ... habis lauk dalam sehari...
Alangkah bahagianya apabila mampu menyaksikan di depan mata sendiri bagaimana Majlis aqiqah Mirza dijalankan dari mulai kambing masih hidup sehinggalah dijamukan kepada hadirin yang hadir....

AKSI BABY DALAM FLIGHT BOEING 777-300 MH 2011

First time baby naik flight dan first time aku kena layan baby berak dalam flight.... 
along and yunah tx pernah berak dalam flight.. tapi baby ni first time dan terberak..
adoii... dah lah tandas flight sempit dan bergegar... kepayahan nak cuci bontot baby...

namun tetap ceria dan tx merungut seperti baby lain on board..

KAMPUNG KLAGAN BELURAN

PANORAMA DI BELAKANG RUMAH

PANORAMA DI HADAPAN RUMAH

baby naik bot tanpa jaket keselamatan

sungai yang menjadi saksi

dikala hujan gerimis

baby naik bot dengan tenangnya...

REUNION - AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS NYER

sekian lama tidak bersua
akhirnya ketemu jua hendakNya
kasih sayang yang sentiasa ada
walaupun semakin lama dimamah usia


bak kata pepeatah seperti anjing dengan kucing....
kenapa tidak dimulakan ungkapan seperti kucing dengan anjing...
namum itu semua hanyalah bidalan semata....
segala galanya ketentuan Allah..


AKSI BABY TERBARU DI KK



AQIQAH VOLUME 3

SESI BERGUNTING

SESI PEMBERIAN HADIAH BUAT PENGGUNTING

IMAM MENYIMPAN SEMULA BUKU BERZANJI BELIAU

ANTARA MEREKA YANG MENGGUNTING RAMBUT BABY

MEREKA YANG HADIR SELEPAS BERZANJI

IKUT ADAT TIDUNG ... DILEMPARKAN SYILING KE LANTAI

HIDANGAN AQIQAH AKHIRNYA....

AQIQAH VOLUME 2

KAMBING DIKEMBUNGKAN KULITNYA UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENYIATAN KULIT DARI OTOT

LEHER BEKAS SEMBELIHAN DITUTUP UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENGEPAMAN 



SELEPAS DIKEMBUNGKAN KULIT PROSES PENYIATAN KULIT DARI OTOT DILAKUKAN DENGAN MUDAH

ORANG DAPUR MENYEDIAKAN REMPAH RATUS DAN MENUNGGU DAGING AQIQAH UNTUK DIMASAK KARI

BERZANJI DENGAN ORANG LAMPUNG

BABY DAH START GARU KEPALA SEBAB PANAS

KELAPA MUDA DENGAN AIRNYA UNTUK DILETAKKAN RAMBUT BABY

PEMBERIAN SAGU HATI UNTUK AHLI BERZANJI

ANTARA MEREKA YANG BERSELAWAT DAN BERZANJI

BABY DIBERI SEDIKIT AIR KELAPA SEBELUM DIGUNTING RAMBUTNYA

AQIQAH ANAK BONGSU ON 20/12/2014 BERSAMAAN 26 SAFAR 1435 VOLUME 1

2 EKOR KAMBING JANTAN BERUSIA 2 TAHUN SEDIA UNTUK DIAQIQAHKAN

UKURAN USIA DAN KESESUAIANNYA BERDASARKAN KEPADA TANDUK 

LUBANG DIGALI TEREBIH DULU SEDALAM 2 KAKI

PENGGALIAN BERMULA DENGAN SELAWAT KE ATAS NABI

SETERUSNYA DENGAN ZIKRULLAH

PENYEMBELIHAN AQIQAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG
KAMBING DIBERI MINUM TERLEBIH DAHULU DENGAN BASMALLAH

TUBUH KAMBING DIPAUT DENGAN BERHATI HATI TANPA MENYAKITKAN

SETELAH KAMBING TIDK BERNYAWA LAGI IA TERUS DIGANTUNG DENGAN DARAHNYA DIBIAR MENITIK DI ATAS DAUN PISANG

KULIT DIPISAHKAN DENGAN MENGGUNAKAN PUMP TAYAR

CARANYA DENGAN MENYIATKAN SEDIKIT DI BAWAH LUTUT KAKI KAMBING DAN DIMASUKKAN TIUB PUMP