4.1.15

buat renungan seketika.... SIAPALAH KITA

tatkala kita sibuk dengan urusan duniawi dan bertungkus lumus untuk meraih kehidupan yang lebih baik... terkadang kita LUPA siapa diri kita di atas muka bumi ini... setiap ketentuan adalah dari ALLAH .. maka setiap perkara yang berlaku walaupun kehendak kita yang pastinya kita kena redha akan ketentuanNya...  kita hanya mampu berusaha dan ALLAH yang tentukan segala-galanya... diperingkat awal janin pun ALLAH yang tentukan walaupun kita berusaha dengan segala daya upaya untuk mengelakkan dari berlakunya perkara seperti di atas... ambillah ikhtibar bahawa sesungguhnya manusia itu tiada kuasa melainkan ALLAH .. di akhir zaman ini manusia semakin alpa akan tanggungjawabnya terhadap yang Maha Esa.. memang hidayah datang dengan izin ALLAH .. tapi tanpa usaha kita tidak akan nampak hasilnya... terang lagi bersuluh tat kala zaman ini di mana hiburan menjadi entiti besar dalam hidup hasil dakyah pihak zionis ... kiri dan kanan ada sahaja umat yang tidak solah 5 waktu ....diajak bersolah hanya dibalas dengan senyuman sinis... masjid sunyi dari majlis tazkirah... ahli qariah masjid berbalah kerana tidak sehaluan....apatah lagi membaca dan memahami Al-Quran.... memang nanti bila ada umat yang cuba membangunkan sunnah dianggap asing oleh masyarakat dan tatkala itu nantikan kita hari pengakhiran zaman .... terkadang terdetik jua di hati ini .. kenapa mereka begini?... tapi apakan daya dan siapalah kita ... hanya doa menjadi senjata ..... 
sejenak aku memikirkan mengenai pendapat seseorang mengenai imam 4 yang  ilmu mereka terlalu hebat dan gah berbanding ilmu ulama sekarang.... sehingga mempertikaikan fatwa yang diberikan... aku hairan kerana orang berilmu pun mampu mempertikaikan fatwa yang diberi sejak dulu lagi dengan alasan menggunakan pemikiran logik... istilah darurat tidak wujud sekiranya tiada aral yang melintang dan kemudahan yang sedia ada serta jarak perjalanan yang walaupun jauh tapi dengan kenderaan 4 pacuan roda tidak menjadikan alasan untuk membenarkan sesuatu yang difatwakan tidak sah... aku hanya mampu berlawan arus dengan hati kerana kurangnya ilmu yang ada.... ALLAHUAKHBAR