30.4.18

IZMIR


ladang pokok zaitun sepanjang perjalanan ke Izmir



PLAK YANG TERTULIS DI PINTUMASUK MASJID ISA BEY



BAHAGIAN RUNTUHAN MASJID ISA BEY


ISA BEY MOSQUE








28.4.18

BURSA

Bandar besar yang banyak peninggalan sejarah .... pernah menjadi ibukota kerajaan othmaniah sebelum penawanan bandar constantinople oleh Sultan Mohammad Al Fateh


di bandar ini terdapat ramai pelarian syria yang datang berhijrah dari negara mereka yang tidak habis lekang dengan pertentangan ideologi dan mahzab. Mereka akan datang dengan mengatakan mereka orang syria dan memohon belas kasihan untuk membeli barangan yang mereka bawa dengan harga yang brepatutan. Di sini mereka kebanyakannya menjual tisu kecil dan ada yang menjual pen. 


terasa betapa bertuahnya bumi Malaysia yang masih aman walaupun banyak propanganda yang di uar-uarkan orang umat akhir zaman.



baru setengah hari di bumi bursa ini kebanyakan masysrakat di sini merokok tidak kira lelaki dan perempuan. Perempuan nya tidak kira berskaf atau tidak. Mungkin keadaan ekonomi di sini yang kurang memberangsangkan menyebabkan mereka menjadi perokok. Surau @ musollah di sini di panggil masjid dan memang banyak masjid di perjalanan dari Istanbul ke Bursa. Pemandu pelancong memaklumkan bahawa suasana masjid di turki lebih kurang macam di Malaysia hanya penuh pada hari Jumaat dan Hari lebaran. Soalh 5 waktu cuma 1 @ 2 saf sahaja.


peniaga di sini rata-ratanya masih orang turki ... dan keupayaan berbahasa Melayu ala Indonesia menjadi daya penarik untuk pelanggan beras yakin untuk membeli barangan di sini.




GRAND MOSQUE (ULU CAMI) disebut uluk jamek ... Bahasa turki istilah Jamek bermaksud masjid dan masjid sendiri bererti surau ....


kubah yang lutsinar di bahagian tempat wuduk ... taman yang tidak dijual oleh tuannya kerana berlainan agama .... namun selepas kematian tuan tanah , warisnya akhirnya menjualkan tanah ini kepada kerajaan ottomaniah ... namun pihak berkuasa mengekalkan tapak taman ini sebagai tempat berwuduk.


Mimbar grand mosque

tempat ini menjadi keramat buat pengunjung Masjid ini

antara seni khat yang ada di dalam masjid

lelaki dan perempuan mengambil barakah bersolah di situ.



kiswa dari kaabah

pintu utama masuk ke grand mosque

menara masjid


Di Bursa kami hanya membeli T shirt sahaja untuk diri sendiri.

Setelah lebih kurang  berbelanja kami bergerak ke Izmir.Bandar sekular.

23.4.18

TURKI - BURSA

kami sampai ke lapangan terbang artartuk pada tanggal 09hb April 2018 jam 8.00 pagi setelah singgah sebentar di Abu Dhabi untuk solah suboh... perjalanan kami terus ke bandar Bursa yang terletak sejauh153.84 km dari Istanbul jika melalui perjalanan darat. 

 

green mosque juga dikenali sebagai Mehmed Mosque


ukiran pintu masuk ke masjid dikenali sebagai Mukarnas


hiasan dalaman yang masih kekal 


air pancur dalam masjid


hiasan kubah yang menarik





pokok maple diluar masjid





mihrab green mosque


tempat solah kerabat diraja di bahagian atas pintu masuk








TURKI 2018



Di kala timur tengah sedang berperang dengan negara turki sendiri berperang dengan militan kurdish , kami sekeluarga berangkat ke sana dengan harapan untuk melihat dengan mata kepala sendiri tanpa bantuan visual maya menyaksikan keindahan kebesaran ciptaan Allah .... bunga tulip yang mekar berkembang tatkala di bulan April ini...


Tempat terbaik di turki untuk melihat bunga tulip adalah di taman Emirgan



Taman ini berkeluasan 117 ekar



Terdapat lebih dari 120 spesis bunga tulip dengan pelbagai nama.



Sejak dari tahun 2005, setiap tahun di bulan April taman ini mengadakan festival bunga tulip.


Ramai pelancong dari Indonesia, Jepun dan China di samping rakyat Turki sendiri membanjiri taman ini pada hari sabtu dan ahad di bulan April ini.


Kami mengambil kesempatan waktu bekerja hari Isnin untuk melawat taman ini pada waktu pagi kerana taman agak lenggang pada hari Isnin.


Kesempatan ini digunakan untuk merakam gambar dengan lebih selesa di samping menikmati keharuman bunga tulip ini.


Ada penguatkuasa bertugas yang memantau aktiviti pengunjung taman ini 












Yang ni permaidani bunga tulip yang dirakamkan bersebelahan dengan Hagia Sophia sehari selepas dirasmikan oleh Presiden Turki . Gambar ini menggunakan lens angle wide.

gambar ini diambil oleh my hero

yang pun sama