23.4.18

TURKI 2018



Di kala timur tengah sedang berperang dengan negara turki sendiri berperang dengan militan kurdish , kami sekeluarga berangkat ke sana dengan harapan untuk melihat dengan mata kepala sendiri tanpa bantuan visual maya menyaksikan keindahan kebesaran ciptaan Allah .... bunga tulip yang mekar berkembang tatkala di bulan April ini...


Tempat terbaik di turki untuk melihat bunga tulip adalah di taman Emirgan



Taman ini berkeluasan 117 ekar



Terdapat lebih dari 120 spesis bunga tulip dengan pelbagai nama.



Sejak dari tahun 2005, setiap tahun di bulan April taman ini mengadakan festival bunga tulip.


Ramai pelancong dari Indonesia, Jepun dan China di samping rakyat Turki sendiri membanjiri taman ini pada hari sabtu dan ahad di bulan April ini.


Kami mengambil kesempatan waktu bekerja hari Isnin untuk melawat taman ini pada waktu pagi kerana taman agak lenggang pada hari Isnin.


Kesempatan ini digunakan untuk merakam gambar dengan lebih selesa di samping menikmati keharuman bunga tulip ini.


Ada penguatkuasa bertugas yang memantau aktiviti pengunjung taman ini 












Yang ni permaidani bunga tulip yang dirakamkan bersebelahan dengan Hagia Sophia sehari selepas dirasmikan oleh Presiden Turki . Gambar ini menggunakan lens angle wide.

gambar ini diambil oleh my hero

yang pun sama