Alhamdulillah .... nampaknya tidak lah susah sangat untuk tutup akaun BSN Aruah ... yang penting kena bawa waris iaitu mak sendiri ... tempat terbaik adalah di BSN Putajaya ... one stop centre ...
bila tanya di kaunter pertanyaan ... staff tu blur sebab mungkin first time kena tanya cara untuk tutup akuan BSN dan tebus SSP .... so staf ni pun suruh amik nombor ..sebab Mak dah lebih 65 tahun ... amik nombor giliran warga tua ... sekojap jer dia panggil ... mula mula nampak cuak dan ketat muka staf kaunter ni sebab aku yang nx berurusan tapi amik nombor warga emas ... so dia bagi ler borang keluar duit akaun dan tebus SSP ... borang merah ... ditambah lagi dengan borang pesuruhjaya sumpah untuk membuktikan Mak aku isteri aruah abah aku ... dan dia tanya Mak aku ada akaun BSN .. aku kata tak der tapi boleh transfer intergiro kan ... last last dia bagi borang transfer intergiro dan minta surat pengesahan bank yang hendak di transfer ....
Yang penting kena bawa :
1. Sijil kematian original dan salinan
2. Sijil nikah mak abah original dan salinan
3. IC tulen mak aku dan salinan
4. Mak kena ikut sebagai waris ... advantage untuk amik nombor giliran warga emas
dapat jer borang .... aku isi dan terus ke pesuruhjaya sumpah di Persint 8... dan kemudian ke Bank untuk dapatkan surat pengesahan di Persint 2 .... dah settle terus gi balik BSN ..kasihan Mak aku dalam seusia ini terpaksa bergerak untuk settlekan perkara ini.. that's it ... 2jam settle ... tapi dokumen diorang hantar ke Shah Alam ... at least kena tunggu 3 bulan untuk clear line ... to be continued