11.5.19

TUTUP AKAUN POST PAID TELCO ARUAH ABAH

Semalam berurusan dengan telco post paid aruah abah aku .... mudah sahaja urusan selagi sijil kematian yang original dibawa sekali ... tx perlu bawa dokumen lain sebab segalanya tertulis di sijil kematian. Masalah nya di laman web telco tidak ada FAQ utk terminate post paid simati ....
so untuk back up bawa lah segala bil  original terbaru dan photo stat IC aruah abah ...
tapi bila jumpa staff kaunter cuma dia minta sijil kematian yang tulin sahaja ... siap kata kalu salinan sijil kematian diorang reject ... antara sebabnya ada kes penipuan utk mendapatkan nombor hp yang berurusan online dangan bank ... postpaid abah pun berkait dengan bank online ...
so tx sampai 15 minit dah settle terminate telco post paid aruah abah

post paid ni aku buat atas permintaan atok chik aku yang jelas mau aruah abah berwhatsapp dengan beliau ... tapi apa kan daya aruah abah dah 2 tahun diberi smartphone masih tidak cekap menggunakan... mungkin faktor usia .... hinggalah aruah abah masih lagi mahu menggunakan handphone nokia lama nya ... dan smartphone tidak digunakan sepenuhnya ... dan semalam aku yang tukarkan ke post paid dan aku jua yang terminate kannya ....