24.8.19

PULAU SIBUAN

pulau yang berbentuk air mata ni pantainya memang top ...tapi ... mesti ada tapi .... terdapat plastik dan polystyrene menjadi sampah sarap ... baby aku tolong kutip yang mana dia boleh kutip tapi tak tahu kat mana nak dibuang sebab tak da tong sampah ...



QURBAN 1440 HIJRIAH

10 Zulhijjah 1440 HIjrah bersamaan dengan 11 hb Ogos 2019 tertunai sudah hajat bonda ku untuk membuat qurban seekor lembu .... Alhamdulillah dengan masih dalam edah seekor lembu telah dikorbankan pada jam 10 pagi di surau AL IKHLAS Taman Bukit Kuchai atas usaha abang ku Nasier ... yang bertungkus lumus untuk memastikan niat bonda tertunai ..


Hasil dari qurban Bonda ku mendapat 21 kg daging segar 


kebetulan staff ke dua dua bernama FARAH

dengan pelamin Farah Athirah....


tanpa pelamin Farah Yanti.....




PULAU BOHEY DULANG

Pulau yang ada jalan tracking untuk naik ke atas bukit 
Alhamdulillah dapat juga naik dengan keadaan membawa baby yang berusia 5 tahun ke atas ... nasib baiklah ada gak abang dan pak cik dia yang mahu mendokong dia naik ke atas 


KETENANGAN TAT KALA HURU HARA

Alhamdulillah cuti hari raya bersantai di pulau yang dalam pengawasan MASCOM ... setiap pulau tidak dibenarkan bermain Drone .... adoii sia sia bawa drone  ... takut digunakan nanti ditembak pulak oleh PGA 




HARI KE 141 TANGGAL 24HB OGOS 2019

Alhamdulillah ... dalam 141 hari pemergian Abah, hampir semua urusan duniawi Abah dapat dilangsaikan dengan penuh hemah... Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera buat Abah 


Lama sudah tidak berblog .... semakin lama semakin kesuntukan masa untuk berblog ... semakin berusia semakin banyaklah perkara yang harus diutamakan selain dari menghadap PC ... kalau hp boleh digunakan untuk update secantik PC ni, sudah pasti hp akan digunakan untuk berblog.... malangnya apps yang ada hampeh .... tak boleh harap dan selalu menjadikan hp hanged ...


Hari pertama pemergian Abah memang terasa sangat kesannya ..... semasa hayat hari hari menghadap kerenah abah, makan tengah hari bersama walaupun tidak hari-hari .... mendengar celoteh abah yang boleh hafal skripnya bila beliau mula nak bercerita .... dan boleh agak kesudahannya ... tiba tiba abah tiada di meja makan ... abah tiada di kerusi rehatnya di bilik ... tetiba abah tiada lagi memandu kereta yang abah kata sempit berbanding dengan Waja PFQ ....
Semua tinggal kenangan .....kesengsaraan yang abah tanggung selama 4 bulan akhir diketahui bahawa disebabkan oleh small intestine perforation ....


tatkala ini aku bersyukur dapat bersama abah menunaikan umrah walaupun tidak sesempurna mana dan penderitaan abah selama di tanah haram dapat aku bayangkan ...semoga amalan yang abah telah lakukan menjadi penerang di alam barzakh hendakNya ....

kini segala-gala yang abah usahakan hanya tinggal kenangan dan anak-anak menjadikan pedoman untuk meneruskan kehidupan ini ... alfatihah buat abah


ketenangan sewaktu di pulau mengingatkan aku betapa indah penciptaan Allah dan betapa bersyukur nya akan nikmat yang Allah berikan kepada hambanya yang kerdil ini ....