Alhamdulillah ... dalam 141 hari pemergian Abah, hampir semua urusan duniawi Abah dapat dilangsaikan dengan penuh hemah... Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera buat Abah
Lama sudah tidak berblog .... semakin lama semakin kesuntukan masa untuk berblog ... semakin berusia semakin banyaklah perkara yang harus diutamakan selain dari menghadap PC ... kalau hp boleh digunakan untuk update secantik PC ni, sudah pasti hp akan digunakan untuk berblog.... malangnya apps yang ada hampeh .... tak boleh harap dan selalu menjadikan hp hanged ...
Hari pertama pemergian Abah memang terasa sangat kesannya ..... semasa hayat hari hari menghadap kerenah abah, makan tengah hari bersama walaupun tidak hari-hari .... mendengar celoteh abah yang boleh hafal skripnya bila beliau mula nak bercerita .... dan boleh agak kesudahannya ... tiba tiba abah tiada di meja makan ... abah tiada di kerusi rehatnya di bilik ... tetiba abah tiada lagi memandu kereta yang abah kata sempit berbanding dengan Waja PFQ ....
Semua tinggal kenangan .....kesengsaraan yang abah tanggung selama 4 bulan akhir diketahui bahawa disebabkan oleh small intestine perforation ....
tatkala ini aku bersyukur dapat bersama abah menunaikan umrah walaupun tidak sesempurna mana dan penderitaan abah selama di tanah haram dapat aku bayangkan ...semoga amalan yang abah telah lakukan menjadi penerang di alam barzakh hendakNya ....
kini segala-gala yang abah usahakan hanya tinggal kenangan dan anak-anak menjadikan pedoman untuk meneruskan kehidupan ini ... alfatihah buat abah
ketenangan sewaktu di pulau mengingatkan aku betapa indah penciptaan Allah dan betapa bersyukur nya akan nikmat yang Allah berikan kepada hambanya yang kerdil ini ....