sudah masuk 9 bulan abah pergi tak kembali .... abah pergi tat kala ramadhan mulai menjelma dan tahun ini ramadhan kembali lagi hujung bulan April ini ...terasa pemergian abah mengurangkan ziarah menziarahi di antara adik beradik ... masing masing sibuk dengan urusan sendiri dengan bonda masih lagi bersama aku ...
bulan lepas bawa bonda menjelajah separuh sabah .... dari sandakan ke Tawau ... singgah ke Saemporna dan kemudian ke Kunak. Singgah sebentar ke Lahad Datu bertemu rakan isteri ku yang sedang dalam program PhD.
Berehat sehari terus ke Pamol menuju ke Kampung Klagan .... kesian melihat bonda ku .. di usia ini bersama kami menjelajah Sabah ... dulu semasa Abah ada agak sukar untuk membawa jalan ke sana kerana Abah sendiri tidak berminat untuk ke sana... abah hanya ke sana 2 kali bersama ku ... pertama tatkala aku menikahi isteri ku ... dan kali ke dua tatkala aku membawa keluarga Akak bersama menjelajah KK dan Kundasang...
Minggu depna kami ke kUching pula ... membawa bonda berjalan jalan di sana ...
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat Bonda