30.5.20
FUN TIME DI GENTING
ipar dan anak buah .... membesar bersama di batu 16 dan kini satu masih di batu 16 dan satu lagi di kargo MAS sepang
PERKUBURAN VS PKP
lama tx jumpa abah ... sejak PKP ni perkuburan ditutup dan tiada dibenarkan ziarah melainkan urusan pengebumian
27.5.20
26.5.20
20.5.20
cracking right lower 1st molar
setelah setahun menyimpan akhirnya ditanggalkan dari tempatnya untuk keselesaan diri
Buat seminggu sebelum Ramadhan 1441 Hijrah
Rupa rupa nya ini jua lah punca hero kecik ku bising mengatakan mulut ku bau ....
projek kecil kecilan 2020
tx tau nx buat apa ... apa lagi buat projek kecil kecilan ler ... nx buat awning kat belakang dengan usaha sendiri tapi kerap terbengkalai sebab masa terhad
NANGKA MADU dan kemboja
Pokok Nangka Madu ni ditanam di tanah MPSJ depan rumah jer ... yelah alang alang tanah kosong tx diusahakan maka ditanamkanlah pokok ini dalam tahun 2017 .. subur pokok ni dan tinggi melangit ... kalah pokok rambutan yang aruah ayahanda aku tanam ...dan kerap berbuah ... sayangnya 70% buahnya kalah diserang serangga perosak dan giuk ..
Ynag ni pun di petik awal dengan harapan dapat lah dibuat lauk atau masak sendiri ... cuma nasib tx menyebelahi kami ... bila dah nak ranum sempat lagi ada giuk dalam buah ni ... 100% unpalateable ...
Pokok Kemboja ni diambil dari Muar sewaktu aruah Atok Esah masih hidup lagi ...usia pokok ni tidak diketahui keran dia ada sejak pindah ke Teratak Bonda ini ... bermakna dah lebih dari 22 tahun umurnya .. masih lagi berbunga tx kira musim dan sentiasa berbunga ....
Pokok Salam dan Pokok Inai serta Pokok Limau Purut
Pokok Salam ni dah 5 tahun dan dibeli di Putrajaya semasa pesta flora ... susah nx hidup di tanam di pasu ... selepas digandingkan dengan pokok pecah beling 2 tahun lalu .. baru nampak boleh hidup dengan senang ...
Pokok Inai ini berbunga dengan banyaknya sejak 2 minggu lalu selepas ditukarkan pasu ke tong plastik ... diambil di rumah Pak Tih di Changkat Ibol sewaktu pemergian Pak Tih ke rahmatullah dulu ... rasanya dah lebih 5 tahun berlalu pokok ini ditanam atas arahan bonda ..
Pokok Limau purut ini ditanam oleh aruah ayahanda ku seawal tinggal di teratak kami ini dalam tahun 1998 ... bermakna usia pokok ini sudah menjangkau 22 tahun ... seusia anak ku yang sulong ... banyak bakti pokok ini dan sentiasa berputik dan berbuah walaupun yang menanamnya telah setahun pergi ke alam baqa ..
NANAS ku berbuah 20/05/2020
aku rasa baru dalam 3 bulan aku semai nanas ni dalam pasu kecik ni ... alhamdulillah dah mula berbuah .... senang gak yer nak tanam pokok nanas ni ... tx cerewat dan tx perlu banyak baja ... yang penting cukup air dan tanah gambut ...
Nanas ni lak makin membesar dan tiada tanda mau masak ... di celah celah tu bonda ku tabur biji lada dan tumbuhlah anak pokok lada dan cili ...menumpang di tanah pasu ni
Ramadhan 1441 hijrah
Agak sibuk melalui bulan Ramadhan 1441 Hijrah ini dengan adanya wabak Covid19 ini ... segala galanya berlaku di kawsan rumah sahaja kerana MCO yang bermula 2 bulan yang lalu .....
Tiada lagi Bazzar Ramdhan
Tiada lagi Terawih di Masjid
Tiada jua Solah Jumaat di Masjid dan pertama kali dalam usiaku yang mencecah setengah abad aku tinggalkan Solah Jumaat lebih 3 waktu tatkala masih sihat walafiat dan selepas baligh tanpa keuzuran wajib ..
Subscribe to:
Posts (Atom)