20.5.20

Pokok Salam dan Pokok Inai serta Pokok Limau Purut



Pokok Salam ni dah 5 tahun dan dibeli di Putrajaya semasa pesta flora ... susah nx hidup di tanam di pasu ... selepas digandingkan dengan pokok pecah beling 2 tahun lalu .. baru nampak boleh hidup dengan senang ...



Pokok Inai ini berbunga dengan banyaknya sejak 2 minggu lalu selepas ditukarkan pasu ke tong plastik ... diambil di rumah Pak Tih di Changkat Ibol sewaktu pemergian Pak Tih ke rahmatullah dulu ... rasanya dah lebih 5 tahun berlalu pokok ini ditanam atas arahan bonda ..


Pokok Limau purut ini ditanam oleh aruah ayahanda ku seawal tinggal di teratak kami ini dalam tahun 1998 ... bermakna usia pokok ini sudah menjangkau 22 tahun ... seusia anak ku yang sulong ... banyak bakti pokok ini dan sentiasa berputik dan berbuah walaupun yang menanamnya telah setahun pergi ke alam baqa ..