Aku cuba menyusuri perkuburan USJ kali ini ..... alhamdulillah pagar perkuburan terbuka dan aku lalu memasuki Tanah Perkuburan wakaf ini setelah sekian lama tidak menghadirikan diri kerana Pandemic Covid ....setelah cubaan ku 2 kali tapi pintu pagar bertutup dengan kain rentang mengenai covid...
Hari ini ulang tahun kelahiran aruah abah yang ke 79 tahun .... semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh dan dicintai Rasulullah.
FOTO BONDA KU DI ARAS 84 KLCC
Tanah bersemadinya aruah abah dipenuhi rumput panjang dan menjalar ... lalu aku mencantas cantik rumput rumput itu kerana para ulama mengatakan haram untuk aku mencabut rumput rumput di atas pusara .... maka aku redha dengan kehadiran rumput rumput ini di atas pusara abah
FOTO SELEPAS 1/2 jam PENCANTASAN RUMPUT
FOTO SEMASA MULA MULA MELIHAT PUSARA ARUAH ABAH
FOTO SELEPAS 1 JAM MENCANTAS CANTIK RUMPUT RUMPUT