Tahun ini merupakan tahun aku kehilangan atuk ku yang terakhir... bapa sebelah ibu ku.. atuk Khalid yang cukup sinonim dengan sate nya yang dijual tat kala masih bertugas di Istana negeri JDT sebagai menampung keperluan kehidupan anak anak yang masih sekolah... Aruah meninggal tanggal 6 Disember 2013 bersamaan 3 safar 1435 hijrah dan jatuh pada hari Jumaat .... 2 minggu sebelum itu Abang Yazid mendahului atuk Khalid iaitu pada hari Ahad 24 November 2013... semoga roh mereka ditempatkan di redhai Allah... ameen...
Hari ini aku dikejutkan dengan rintihan suami yang mengatakan adalah menjadi Dayus setelah isterinya di periksa oleh aku...
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Perkara nombor 12 menjadi salah satu perkara yang dibangkitkan oleh suami terhadap diriku...
Aku memahami perasaan beliau dan memohon kemaafan di atas keterlanjuran yang berlaku dan aku sendiri was was dengan istilah digunakan sedangkan si isteri tidak berpakaian lengkap sebagai muslimah... maksud ku berhijab dengan sempurna... dan ini melibatkan perkara nombor 1 dan jika sebeginilah yang terjadi berapa ramai lelaki telah menjadi dayus diatas perbuatan ku...