Bapak aku panggil pokok 7 jarum tapi bila search kat internet diorang dok sibuk panggil pokok jarum 7 bilah... hairankan setiap jarum pokok tu mesti 7 bilah..
banyak tumbuh dengan segarnya di laman rumah ku , di pagar di depan rumah ku dan di kebun bapak ku..
ada 1 pesakit yang datang untuk meminta rawatan setelah terkena duri pokok ini... alkisahnya pesakit ini agak berumur dan beliau dengan selambanya menebas pokok 7 jarum ini di seberang jalan depan rumahnya dengan alasan bahawa pokok ini merbahaya kerana ia berduri.. adoiii... aku sound balik kata pokok ini pokok herba lah bang.. pokok banyak khasiat... pucuknya boleh buat ubat sakit kepala dan menegangkan payu dara... terkebil kebil brader ni... dia kata dia dah tebas habis siap cabut akar lagi dan bakar... bakar bakar... adoiii.. sedih bila melihat kedangkalan manusia yang hanya melihat luaran sahaja buka khasiatnya..