28.9.13

setahun berlalu


 tanggal 27hb September 2012 aku berangkat ke Madinah bersama isteriku dengan menaiki pesawat Saudi Arabia...  Pertama kali menjejaki ke bumi anbiya terasa longgar lutut ini dan terasa betapa jauhnya sanubari ini dalam mentaati perintah Allah... terasa dunia ini kecil dan dosa ku terlalu besar ,,,  dalam kekalutan sempat jua solah jamak takkhir di waktu setengah jam masuk waktu maghrib dan aku bersolat berjemaah buat pertama kali di Masjid Nabawi dlm waktu maghrib... mula mula solah di pintu masuk ke masjid sahaja kerana masjid sentiasa penuh dengan jemaah... setelah masuk hari ke tiga barulah aku mula masuk ke kawasan berdekatan raudah dan dapat bertahan di sana sehingga hari ke 8 sebelum berangkat ke Mekah al Mukaramah....... saat di sana terasa seperti tamak untuk mendapatkan pahala.... aku sendiri mula terfikir bila lagi akan ke sini... jadi aku antara mereka yang berebut untuk solah di Raudah... dan seketika aku terasa tiada gunanya kalau aku menyakiti orang lain hanya semata mata mau mendapatkan pahala solah di Raudah...