21.5.13

menanti siapnya blok tambahan di luar masjidil haram

blok tambahan masih giat dibangunkan dan kerap pula ramai jemaah yang mengerjakan umrah mengalami batuk yang lambat untuk sembuh.... kadang kala ada yang terkencing kencing bila batuk dan ada yang sampai sakit tulang rusuk akibat batuk yang berpanjangan .... yang terbaik minumlah air zam zam beserta doa apabila mengunjungi masjidil haram.... TOTAL mengharap akan keredhaannya dan TOTAL percaya kepada qada dan qadar...

18.5.13

FRAGILE - STING



الحمدلله .... اف  يع  ددغر  ادله  منجادي تيتيق  فرمولان  ديري  اونتق  بروبه  ...
انداي  كات  اف  يع  دبواة  ماسيه  دتاكوك  لام  ماك  سيأ  سيأ  سهاج  بر ازم دان  مندغر  

ﻟﺘﻴﻪ ﺗﺄ ﺑﺮﺗﻤﻔﺔ ﺩﺍﻥ ﻛﻤﺎﻟﺴﻦ ﻣﻠﻤﻔﺎﻭ

سلام اين  تراس  بادن  ترلالو  لتيه  دان  تأ  تاهو  كناف ... الحدلله  داتس رزكي  يع دبريكن  دان  نيكمة  يع  دليمفهكن  كاتس  ديري  اين


masjid kucing yang tinggal kenangan

hanya tinggal runtuhan kecil ini sahaja yang dapat di abadikan memandangkan kawasan di sekeliling seumpama padang jarak padang terkukur

rumah kelahiran rasulullah


di katakan perpustakaan merupakan tempat kelahiran Rasulullah

rindu ku ......


kaabah di ambil dengan sendiri


mereka bertawaf di tingkat satu 


14.5.13

perkara ladzhim yang tidak lazim

perkara ini memang acap kali dilakukan oleh kita... sejak dari sekolah rendah sehingga lah dewasa ini... masa berlalu dengan begitu cepat sekali... ada juga mereka bertanya kenapa dan mengapa .. justeru untuk menjawabnya kita berbalik kepada maksudnya kerana ia merupakan doa buat diri kita yang daif ini..... doa untuk kita mendapat keberkatannya.....



kita sering keliru bila mereka berterima kasih dengan apa yang mereka terima hasil asbab dari perbuatan kita,,, ini sebagai tanda penghargaan dari si polan kepada kita dengan keredhaanNya...  dan doa inilah yang perlu selalu diungkapkan oleh kita (sepatutnya)

sentiasa berdoa

semakin lama terasa semakin kita jauh dari jalan yang benar dan kita semakin lalai dan leka dengan niat tujuan kita berada di muka bumi ini ... manusia berlumba lumba mencari kemewahan hidup tanpa menghiraukan akan cara dan tata mengikut acuan yang ditetapkan oleh Nya... hari hari ada sahaja sedikit penindasan dalam jual beli dan manusia terus leka dan langsung tidak mahu ambil peduli akan perlunya kejernihan dalam pendapatan....  amalan doa di atas  mampu untuk mengelakkan fitnah dari mereka yang ada titik titik kehitaman di dalam hati..

surah al falaq

surah mengisahkan waktu subuh...  dan mengelakkan sihir 







7.5.13

salasilah keturunan


Apabila dikaji tentang keturunan salasilah ternyata bukan semudah yang disangka. Tanpa ada bukti dan tanpa ada pemberitahu memang sukar untuk menyiapkan akan salasilah ini. Atuk ku seorang yang gigih mencari dan mengumpul maklumat mengenai salasilah ini dan kegigihan beliau tiada tandingnya. Segala usahanya amatlah dihargai dan ternyata usaha beliau meninggalkan kepuasan yang tidak ada penghujungnya. Usaha ini dimulai apabila beliau telah didatangi oleh anak saudara yang langsung tidak dikenalinya di awal tahun 60 an. Tatkala itu beliau sendiri hairan macam mana anak saudaranya ini mampu mengenali beliau melalui gambaran yang diberikan oleh bapa anak saudaranya itu. Dari situlah beliau mulai menjejaki sanak saudara yang dekat apatah lagi yang bau  bau bacang. Kalau nak diikutkan sekarang sudah mencapai tahap 8 pupu salasilah yang berjaya dikumpul dan disusun oleh beliau. Jelas dan nyata sebenarnya semua orang Islam bersaudara. Dan persaudaraan ini adalah kekal sehingga hari kiamat. Walau bagaimanapun setiap perkara yang baik pasti iblis, syaitan dan puak puak nya akan menjadi penghalang dan lebih cenderung menggalakan kerosakan diri dan dunia. 

Keturunan ku adalah jalur salsilah dari Jantan (sebelah nenek ayah ku).

buku terbaru Mei 2013

Anak aku kalau tidak membeli di Popular memang tidak sah dan ini adalah buku terbaru yang telah dibelinya dan apabila dibaca ternyata banyak propaganda dari pihak Amerika dalam menghasilkan senjata senjata sulit yang tidak diketahui akan kesahihannya. Konon ini satu pembongkaran yang dibuat untuk menyedarkan masyarakat dunia akan strategi Amerika. Hakikatnya memang selama inilah yang diusahakan oleh Amerika @ yahudi zionist. Masyarakat Islam yang selalunya menjadi mangsa dan akan terus menjadi mangsa sehingga akhir zaman. Janji Iblis semasa keluar dari syurga tetap dilaksanakan dan ia hanya berakhir apabila kiamat berlaku. Janji-janji inilah yang menyebabkan manusia sentiasa akan diusahakan untuk meminggirkan Islam.  







2.5.13

PILIHANRAYA UMUM KE 13 TANGGAL 05 HB MEI 2013 (AHAD)

macam macam cara digunakan untuk menarik pengundi untuk mengundi di hari mengundi nanti ... antaranya dengan penghantaran surat yang mempunyai bayaran pos jelas dan surat mengandungi keterangan diri si pengundi. Yang paling menarik boleh di isukan kod datamatrix sekali.... inilah dunia moden pilihan raya ... digunapakai seadanya yang ada .....

al quran

kurangnya pengetahuan dan tidak mahu mengikut sunnah dan berat untuk beramal ibadat menjadi dalang kegagalan diri untuk memahami akan isi kandung al quran... hanya bergantung harap dan mendengar apa yang diungkapkan tanpa mahu untuk memahami dan medalami maksud tersirat antara yang sering bermain di kotak pemikiran ini ....

solah

teringat semasa aku masih dangkal dalam bab ibadat ini... orang kata ikut ikutan... nampak orang buat apa lagi kita pun buatlah... tanpa usul periksa sama ada betul ke tidak... dan sikap ini masih ada di hati kalangan mereka yang lain ... seperti aku..... sewaktu sekolah rendah kalau bersolah pakai singlet dan kain pelikat ajer... kalau tx sempat berpelikat ajer tanpa berbaju... konon dari segi sah solah tetap sah sebab menutup aurat...  sampai masuk ke varsiti pun masih tx berubah.. ala kadar ajer... inilah akibat dihanyut oleh bisikan syaitan dan iblis dan terpengaruh dengan budaya yahudi dan nasrani.... jiwa muda memang selalu dibayangi dengan kemaksiatan ... tapi apabila masa dah berlalu baru terasa bahawa inikah yang aku buat selama ini dan totally tidak sempurna walaupun sah... inikah yang aku buat untuk bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada diriku... terasa malu dengan apa yang telah dibuat tapi inilah hakikatnya manusia biasa yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki kerosakan diri yang dilakukan sendiri...

kejahilan diri sendiri

kenapa di sekeliling ku masih ada mereka sebegini... adakah kerana amalan ku tidak sempurna dan masih lagi ditolak .... acapkali aku berdoa agar diberikan sepincing hidayah untuk mereka bersama ku mendirikan solah namun masih lagi mereka bersikap begitu... teringat akan bapa saudara Rasulullah yang amat menyayangi diri Rasulullah namun beliau sendiri tidak mendapat hidayah dari Allah dan meninggal dunia dalam kekafiran.... perjuangan mesti diteruskan dalam perjalanan yang semakin hampir ke titik tamatnya ,,, dan kita sendiri tidak tahu bila....di mana..... dan bagaimana.... sesungguhnya yahudi dan nasrani telah berjaya merosakkan mentaliti umat yang mengaku kononnya mereka muslim... tapi tidak berdaya untuk mendirikan tiang agama....

tazkirah di awal pagi jumaat ....

Acapkali bila keluar berjalan jalan bersama keluarga pasti terkasima dengan cara pemakaian Muslimah yang kebanyakannya sudah pasti tidak mengikut syarak. Sedih dan risau apabila memikirkan tiada siapa yang datang menegur apatah lagi memberi penjelasan mengenai cara berpakaian mengikut syarak. Perlu adanya skuad Muslimah yang turut turun padang di pusat membeli belah ini dan seterunya menegur dan menunjukkan cara yang betul. Apabila kita mengharapkan seseorang untuk datang sendiri untuk belajar amatlah kurang jika dibandingkan kita yang mencari dan menasihati mereka di luar sana. Mereka sudah pasti lebih cenderung bersuka ria mengikut hawa nafsu yang di gembar gemburkan oleh Iblis dan syaitan.  

Solah tiang agama
Tapi mengapa masih disekeliling ku ada mereka yang tidak bersolah
Belum dapat hidayah lagi... itulah alasan yang diberikan...
Alasan demi alasan ... solah yang tidak samapai 10 minit dikerjakan
masih sukar untuk dilakukan..
Manusia ini sombong di atas muka bumi Penciptanya..