Anak aku kalau tidak membeli di Popular memang tidak sah dan ini adalah buku terbaru yang telah dibelinya dan apabila dibaca ternyata banyak propaganda dari pihak Amerika dalam menghasilkan senjata senjata sulit yang tidak diketahui akan kesahihannya. Konon ini satu pembongkaran yang dibuat untuk menyedarkan masyarakat dunia akan strategi Amerika. Hakikatnya memang selama inilah yang diusahakan oleh Amerika @ yahudi zionist. Masyarakat Islam yang selalunya menjadi mangsa dan akan terus menjadi mangsa sehingga akhir zaman. Janji Iblis semasa keluar dari syurga tetap dilaksanakan dan ia hanya berakhir apabila kiamat berlaku. Janji-janji inilah yang menyebabkan manusia sentiasa akan diusahakan untuk meminggirkan Islam.