Apabila dikaji tentang keturunan salasilah ternyata bukan semudah yang disangka. Tanpa ada bukti dan tanpa ada pemberitahu memang sukar untuk menyiapkan akan salasilah ini. Atuk ku seorang yang gigih mencari dan mengumpul maklumat mengenai salasilah ini dan kegigihan beliau tiada tandingnya. Segala usahanya amatlah dihargai dan ternyata usaha beliau meninggalkan kepuasan yang tidak ada penghujungnya. Usaha ini dimulai apabila beliau telah didatangi oleh anak saudara yang langsung tidak dikenalinya di awal tahun 60 an. Tatkala itu beliau sendiri hairan macam mana anak saudaranya ini mampu mengenali beliau melalui gambaran yang diberikan oleh bapa anak saudaranya itu. Dari situlah beliau mulai menjejaki sanak saudara yang dekat apatah lagi yang bau bau bacang. Kalau nak diikutkan sekarang sudah mencapai tahap 8 pupu salasilah yang berjaya dikumpul dan disusun oleh beliau. Jelas dan nyata sebenarnya semua orang Islam bersaudara. Dan persaudaraan ini adalah kekal sehingga hari kiamat. Walau bagaimanapun setiap perkara yang baik pasti iblis, syaitan dan puak puak nya akan menjadi penghalang dan lebih cenderung menggalakan kerosakan diri dan dunia.
Keturunan ku adalah jalur salsilah dari Jantan (sebelah nenek ayah ku).