tanggal 27hb September 2012 aku berangkat ke Madinah bersama isteriku dengan menaiki pesawat Saudi Arabia... Pertama kali menjejaki ke bumi anbiya terasa longgar lutut ini dan terasa betapa jauhnya sanubari ini dalam mentaati perintah Allah... terasa dunia ini kecil dan dosa ku terlalu besar ,,, dalam kekalutan sempat jua solah jamak takkhir di waktu setengah jam masuk waktu maghrib dan aku bersolat berjemaah buat pertama kali di Masjid Nabawi dlm waktu maghrib... mula mula solah di pintu masuk ke masjid sahaja kerana masjid sentiasa penuh dengan jemaah... setelah masuk hari ke tiga barulah aku mula masuk ke kawasan berdekatan raudah dan dapat bertahan di sana sehingga hari ke 8 sebelum berangkat ke Mekah al Mukaramah....... saat di sana terasa seperti tamak untuk mendapatkan pahala.... aku sendiri mula terfikir bila lagi akan ke sini... jadi aku antara mereka yang berebut untuk solah di Raudah... dan seketika aku terasa tiada gunanya kalau aku menyakiti orang lain hanya semata mata mau mendapatkan pahala solah di Raudah...
28.9.13
14.9.13
UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Surah Ali Imran Ayat 200
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Tx tahu mana silapnya ada sahaja yang datang mengadu akan kedegilan anak-anak mereka dan kemalasan anak-anak mereka... nah... ayat 200 surah ali imran patut diamalkan setiap habis solah 5 waktu... kalau solah tx cukup 5 waktu payah ler sikit... so rajin rajinlah solah kalu lepas solah rawatib nx baca pun tx per ... in sya allah... Allah akan makbulkan doa dan harapan kita... Ameen
tapai ubi
biar betul ... boleh cegah kanser
jom makan ramai ramai...
Bahan-bahan:
1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya
Cara-caranya:
Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.
pokok belalai gajah
haaa... wanted ni ... dok mencari lagi belum jumpa...
pokok 7 jarum
Bapak aku panggil pokok 7 jarum tapi bila search kat internet diorang dok sibuk panggil pokok jarum 7 bilah... hairankan setiap jarum pokok tu mesti 7 bilah..
banyak tumbuh dengan segarnya di laman rumah ku , di pagar di depan rumah ku dan di kebun bapak ku..
ada 1 pesakit yang datang untuk meminta rawatan setelah terkena duri pokok ini... alkisahnya pesakit ini agak berumur dan beliau dengan selambanya menebas pokok 7 jarum ini di seberang jalan depan rumahnya dengan alasan bahawa pokok ini merbahaya kerana ia berduri.. adoiii... aku sound balik kata pokok ini pokok herba lah bang.. pokok banyak khasiat... pucuknya boleh buat ubat sakit kepala dan menegangkan payu dara... terkebil kebil brader ni... dia kata dia dah tebas habis siap cabut akar lagi dan bakar... bakar bakar... adoiii.. sedih bila melihat kedangkalan manusia yang hanya melihat luaran sahaja buka khasiatnya..
POKOK TAPAK DARA
pokok tapak dara
Yang ni memang lah banyak khasiat tapi susah nak di jaga ... mudah mati kalau dahan dipatahkan..
Tengah dok cari pokok ini untuk ditanam sebagai koleksi di rumah
Mahkota dewa dah banyak kat rumah
Pecah beling kata senang hidup tapi payah gak nak bela
Sambung nyawa sedang menyambung nyawa
Bakawali tunggu orang hantar...
11.9.13
POKOK PECAH BELING & POKOK SAMBUNG NYAWA
POKOK PECAH BELING
Berjumpa dengan pesakit lama yang keluar masuk ICU dan alhamdulillah sekarang agak sihat kerana mengamalkan minuman daun pokok pecah beling yang telah dikeringkan badannya sihat dan gula dalam darah mengurang.
POKOK SAMBUNG NYAWA
Daunnya boleh dimakan sebagai ulam dan bagus untuk peredaran darah dan menyembuhkan penyakit kencing manis.
dah makan sebagai ulam dan kesan sampingan nya ... aku selalu rasa lapar...
nak makan ajer... adoiii... susahlah gini...
tapi rasa daunnya sedap @ memang alasan aku nak makan lebih so bagi alasan sebab makan daun sambung nyawa... alasan tetap alasan....
dah makan sebagai ulam dan kesan sampingan nya ... aku selalu rasa lapar...
nak makan ajer... adoiii... susahlah gini...
tapi rasa daunnya sedap @ memang alasan aku nak makan lebih so bagi alasan sebab makan daun sambung nyawa... alasan tetap alasan....
Subscribe to:
Posts (Atom)