31.3.14

JAMBATAN PULAU PINANG KE DUA










CUTI SEKOLAH YANG TAK DIRANCANG.... TIBA TIBA KELUAR DALAM SURATKHABAR PM RASMIKAN JAMBATAN KE DUA... APA LAGI JALAN JALAN KE SANA UNTUK MERASAI PANJANGNYA JAMBATAN KE DUA INI... MEMANG COOL DAN MENARIK CUMA BILA SAMPAI DI BATU MAUNG JAMMED SEPERTI BIASA...

17.3.14

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Petang ini aku dimaklumkan melalui sms bahawa salah seorang tetamu aku di klinik telah meninggal dunia stelah tidak sihat sejak dari hari sabtu lepas... beliau antara tetamu yang acap kali datang untuk diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi... إنا لله وإنا إليه راجعون.....
beliau merupakan bekas imam besar masjid negara dan menjalankan kuliah tazkirah di tempat tertentu di sekitar lembah kelang...
seminggu yang lalu beliau bertemu dengan ?bomoh untuk mengeluarkan 'stent' yang sedia ada dan dimaklumkan yang urat jantungnya 'intact' ... الله أكبر... aku mengesa beliau untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya tapi beliau keberatan dan terasa inilah akhirannya... sangkaan ku benar yang sebenarnya beliau menghadapi serangan jantung dari hari sabtu yang lalu tapi beliau berdegil tidak mahu ke hospital.... kudrat kita hanya menjangka... dan akhirnya berpisah sudah roh dari jasad... إنا لله وإنا إليه راجعون

PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

PATUH SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM

22 Feb, 2012 Ekonomi Islam admin Permalink
Oleh Muhammad Hafiz Othman


Usia perbankan Islam di Malaysia hampir 30 tahun sebaik-baik sahaja tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983 di bawah Akta Perbankan Islam 1983. Sepuluh tahun kemudian, penyertaan bank konvensional merancakkan sistem perbankan Islam lagi. Antara agenda dalam merealisasikan sistem perbankan Islam termasuklah mempelbagaikan produk dan perkhidmatan patuh syariah. Prinsip syariah menjadi antara tulang belakang yang menegakkan sistem perbankan Islam.

Secara umumnya, patuh syariah dalam konteks kewangan Islam di Malaysia bermaksud produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang memenuhi keperluan perundangan Islam dari tiga aspek, iaitu dari segi larangan yang berkaitan dengan riba, ketidakpastian atau kekaburan dalam kontrak (gharar), perjudian dan aktiviti lain yang melibatkan produk atau perkhidmatan yang tidak beretika oleh Majlis Penasihat Syariah. Hal ini juga bermakna sebarang produk atau perkhidmatan kewangan Islam perlu mematuhi prinsip syariah.

Secara ringkasnya, mana-mana produk perbankan Islam perlu melalui dua tahap penilaian. Pertama, penilaian syariah yang dilakukan oleh penasihat syariah dalam sesebuah bank. Kedua, penilaian yang dilakukan oleh Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia (BNM). Proses pematuhan syariah ini bertujuan bagi memastikan produk dan perkhidmatan bank Islam sentiasa harmoni dengan landasan syariah.

Namun demikian, pematuhan syariah tidak semestinya bermaksud berasaskan syariah. Banyak salah faham berlaku apabila konsep pematuhan syariah digunakan. Banyak juga yang beranggapan bahawa konsep patuh syariah adalah sama dengan konsep berasaskan syariah. Konsep berasaskan syariah lebih konservatif. Hal ini bermakna elemen haram atau kekaburan tidak boleh menyelinap masuk dalam urusan kewangan Islam.

Keadaan ini berbeza daripada prinsip pematuhan syariah yang diamalkan, iaitu kelonggaran dibenarkan – yang bermakna elemen haram dan gharar dibenarkan – biasanya dengan alasan maslahat (kepentingan pihak umum) atau umum balwa (keadaan buruk yang tidak boleh dielakkan). Oleh itu, walaupun prinsip patuh syariah menggariskan larangan tertentu, alasan “hikmat” seperti maslahat dan umum balwa membolehkan elemen terlarang tadi wujud dalam kontrak produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Jika diteliti prinsip pematuhan syariah ini, antara lainnya didasari prinsip kepentingan umum atau maslahat. Hal ini bermakna mungkin terdapat elemen yang haram dalam produk atau perkhidmatan kewangan Islam, tetapi diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM atas alasan kepentingan masyarakat (maslahat) patut diutamakan. Walau bagaimanapun, apa-apa bentuk kepentingan maslahat yang diutamakan tidak pernah dijelaskan. Tambahan pula, kekaburan berlaku tentang kepentingan kumpulan dalam masyarakat yang diutamakan apabila pihak yang tentunya mengaut untung ialah pihak bank sendiri. Sememangnya dalam jangka panjang, pihak yang bertuah dalam skim perbankan Islam ini ialah pihak bank sendiri.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Ekonomi Februari 2012.


Majlis Penasihat Syariah Bank 

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada bulan Mei 1997 sebagai pihak berkuasa tertinggi Syariah dalam kewangan Islam di Malaysia. MPS diberikan kuasa untuk menentukan  hukum Syarak bagi perniagaan perbankan Islam, takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan kewangan pembangunan Islam, atau apa-apa perniagaan lain, yang berlandaskan prinsip Syariah dan diselia serta dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai badan yang menjadi tempat rujukan dan penasihat kepada Bank Negara Malaysia mengenai perkara Syariah, MPS juga bertanggungjawab bagi pengesahan semua produk perbankan Islam dan takaful untuk memastikan kesesuaian produk tersebut dengan prinsip Syariah. Selain itu, MPS menasihati Bank Negara Malaysia tentang apa-apa isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau urus niaga kewangan Islam Bank Negara Malaysia serta entiti berkaitan lain.
Dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam. Sementara keputusan MPS hendaklah terpakai daripada apa-apa keputusan bercanggah yang diberikan oleh badan atau jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat.
Anggota MPS, yang terdiri daripada cendekiawan Syariah, pakar undang-undang dan pengamal pasaran yang terkemuka, merupakan individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. 

Senarai anggota MPS bagi tahun 2010/2013 adalah seperti yang berikut:

Profil ahli MPS (2013 - 2016)
Tutup semua | Lihat semua
 Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi)
 Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin (Timbalan Pengerusi)
 Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Mohamad
 Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
 Y.B. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Ahmad
 Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
 Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim
 Prof. Madya Dr. Rusni binti Hassan
 Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim
 Dr. Shamsiah Mohamad
 En. Burhanuddin Lukman

13.3.14

MH370 MASIH BELUM DIJUMPAI

dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian sudah masuk 5 hari kapal terbang MAS boeing 777 tidak dijumpai....sekejap masa berlalu.... Lembah Kelang dilitupi jerubu dan semalam RON 97 naik 0.05 sen menjadi RM 2.90 seliter.... semua menjadi tidak menentu dengan PM mampu membeli ayam seekor RM 1.00 ... biar betul....

8.3.14

MAS BOEING 777-200 CRASHED TODAY.....

هاري  اين  اد  دوا  بريتا  يع  كورنع سدف   ددنعر ... فرتام  كيسه  تراجيدي  كافل  تربنع ام اي  ايس  جاتوه  ترهمف  د فرايرن  نگارا بيتنم.،، سمفي  فوكول  6 ماسيه  تيدق  تاهث  ناسيب  فتوگس  كافل  تربنع  ترشبوة...

7.3.14

KARISMA SEORANG PEMIMPIN....

اكو  بوكن  فنپوكونعع انور ابراهيم  .. تافي  دافة  راساكن  يع  بلييو  اكن  ممبونعكركن اكن سگالاپ ننتي

KEMBALI KE PANGKUAN ....... AKHIRNYA

كمبالي  سلفس  7  بولن  جاوه  داري  فنعليهاتن  ...الحمدلله  سموا  ماسيه برتاهن  

2.3.14

CITRA KU CITRA

Yang satu ini sebab ada duit lebih.. berhutang conventional lagi aku.. banyak dah dosa aku kerana bersubaha dengan riba...Bila orang bercerita tentang Islamic Banking masih ada nilai nilai conventional yang terselit dalam pembiayaan... Ar rajhi bank mungkin the only one yang memberi pinjaman secara Total Islamic ...
First Generation F/L
Kia Carens front 20070325.jpg
Overview
Also calledKia Carens II (South Korea,Indonesia)
Kia X-Trek (Diesel model in South Korea)
Naza Citra (Malaysia)
Kia Euro Carens (Taiwan)
Production2002–2006
AssemblyHwasung PlantHwasungSouth Korea
Chu Lai PlantQuang NamVietnam
Body and chassis
RelatedKia Sephia
Powertrain
Engine1.8 L FP
2.0 L FS-DE
Transmission5-speed manual
4-speed automatic
Dimensions
Wheelbase2,570 mm (101 in)
Length4,490 mm (177 in)
Width1,750 mm (69 in)
Height1,610 mm (63 in)
1,685 mm (66.3 in) (X-Trek)

KORBAN TAHUNAN


korban yang dikorbankan diharap menjadi saksi esok di muka pengadilan

DENGAN ADANYA MEREKA....


BAGUS

APA YANG BAGUS DAN APA YANG TIDAK BAGUSNYA
SAMA SAMA LAH KITA TUNGGU

SUITE DI CORAL BEACH HOTEL 2013

cuti yang tidak dirancang.. hanya diambil semasa orang rumah berkursus di hujung tahun.. biasalah KKM ...kena habiskan budget tahunan kerana jika tidak dihabiskan maka budget untuk tahun hadapan dikurangkan... tiada langsung accountability...
Hanya sekadar hiasan semata mata dan sesungguhnya indah khabar dari rupa..
bila masuk ke bilik ... adoii.. sabor je lah... langsung tx der ciri ciri suite.. tx tahu mana silapnya..
malam tu gak buat complaint secara bertulis.. malas nak hu ha hu ha dengan management
kita terimalah seadanya... 
view yang amat menarik tapi ... kurang maintainace .. parking limited dan makanan boleh tahan harganya.. cuti cuti bersama dengan keluarga...

BABY 01/03/2014 AT 17 WEEKS


begitulah akhirnya setelah setahun setengah kembali dari tanah suci 
dengan gelaran hajah orang rumahku berisi lagi
kerana kiasan yang kerap dialunkan maka terserlahlah apa yang diharap
kehadiran yang ke tiga ini memang dijangka dan orang rumah pun turut bersahaja