Petang ini aku dimaklumkan melalui sms bahawa salah seorang tetamu aku di klinik telah meninggal dunia stelah tidak sihat sejak dari hari sabtu lepas... beliau antara tetamu yang acap kali datang untuk diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi... إنا لله وإنا إليه راجعون.....
beliau merupakan bekas imam besar masjid negara dan menjalankan kuliah tazkirah di tempat tertentu di sekitar lembah kelang...
seminggu yang lalu beliau bertemu dengan ?bomoh untuk mengeluarkan 'stent' yang sedia ada dan dimaklumkan yang urat jantungnya 'intact' ... الله أكبر... aku mengesa beliau untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya tapi beliau keberatan dan terasa inilah akhirannya... sangkaan ku benar yang sebenarnya beliau menghadapi serangan jantung dari hari sabtu yang lalu tapi beliau berdegil tidak mahu ke hospital.... kudrat kita hanya menjangka... dan akhirnya berpisah sudah roh dari jasad... إنا لله وإنا إليه راجعون