27.10.15

SURAU TAMAN BUKIT KUCHAI FASA 2



sesi mengeteh lepas doa selamat

MEMBER GANU

lama tx jumpa

BIRTHDAY ALONG

baby yang excited

NASIB KIA CITRA GLS 2015

ENGIN MASIH CANTIK CUMA RAGGED KAT TEPI GASKET

SEMUA RAGGED DAN JADI REGGAE

24.10.15

palitan sejarah yang hilang

الحمدلله
di kala jerebu yang semakin sesak ini orang masih mampu lagi bercerita tentang hal hal dunia yang semakin diratah oleh mereka mereka yang tidak ketentuan akan hala tuju hidup nya.

24 Oktober 2015

Tinggal beberapa hari lagi ayah dan bonda ku akan pulang dari tanah suci dengan harapan agar membawa keberkatan dunia akhirat hendakNya.
Semalam menguruskan mertua ku di TH Kelana Jaya dan memang menjadi harapan orang tua agar suatu hari nanti dapat menginjakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu ke lima walaupun usia acap kali menjamah kesihatan diri. Dan hanya doa dan sedikit usaha agar mampu dipilih oleh Nya.
Memang agak sukar untuk menurut segala kemahuan diri melainkan dengan izinNya dan sememang manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliknya walaupun sudah miliki sebesar gunung emas. Dengan kemahuan yang tinggi ini In sya Allah akan aku usahakan untuk mendapatkan yang terbaik.

21.10.15

KECELARUAN CITRA KU

Setelah berjasa selama 11 tahun mulalah episode episode yang semaunya tidak dialami oleh setiap insan namun akhirannya terpaksa jua menempuh saat saat ini tat kala poket semakin menipis dan slot mula berkurang .....tersadai sebulan tanpa kata muktamad dan overhaul lah jalan terakhir ....

17.10.15

TINGGAL KENANGAN 1999

Baru sahaja dapat bulan lepas .. cuba call nombor activate tiada jawaban ... walhal tertera di situ 24 jam ... kenapa tiada berita tiba tiba boleh stop service..

DINERS YANG BERJASA


ambil charge card ni tahun 2000 sebab ada MOU dengan AAM so automatic member's fee AAM diorang charge dan tx perlu isi borang @ update online... tau tau kena charge ...dan AAM dalam 10 tahun tx der lak update membership diorang... tx der majalah ...tx der budget report ... tx der update tentang board director ... dalam 10 tahun ni macam tx der apa apa ... last guna service pomen tahun lalu bila my waja breakdown kat Giant sebelum raya...  so sekarang diorang yang terminate diorang punya servis ... bukan customer yang request ... DINERS yang terminate.. kira macam MAS lah selepas KN ambil alih .. ... waaa teruk dah kira ni ...  charge card boleh condemn ... patut lah dah 2 tahun tx leh bukak DINERS online punya service .. bila call customer service dah lah punya lah lama menunggu ... selamba kata tengah upgrade for better security ... rupa rupa nya DINERS kena terminate .... apa apa pun terima kasihlah DINERS sebab banyak gak dia bantu aku selama ni terutama bila diorang offer cash money ... hehehe alhamdulillah..

7.10.15

2015

tahun ini tahun anak anak aku bergelut dengan peperiksaan nasional ... yang sulong dan yang tengah ... yang tengah next week dah kena jawab soalan ... yang sulong masih terkontang kanting mencari jalan yang sesuai untuk melangkah terus ke alam varsiti.... terasa macam baru sahaja aku melangkaui peristiwa tersebut ... masih lagi segar di fikiran ini tat kala di sekolah sains dulu .. aku dok struggle mencari yang terbaik ... dan masih lagi mencari dan terus mencari tat kala se usia ini... di kala itu memang tiada yang difikirkan kan melainkan untuk mencapai apa yang diidamkan selama ini dan akhirnya mampu beroleh di kala ini.... kalau boleh biarlah anak anak ku tidak merasai kepayahan seperti ayahnya dalam menimba ilmu dan ada rasionalnya memberi peluang buat mereka untuk menyesuaikan diri sendiri disamping memberi sokongan moral... tiada harapan yang boleh diletakkan kerana kita mampu berusaha dan ketentuannya dari yang maha esa....

4.10.15

DOA YANG DIKABULKAN

dah 18 hari mak dan abah berada di kota suci Mekah Al Mukaramah dah alhamdullilah dapat menyempurnakan ibadah haji... rukun Islam ke lima dengan sempurna walaupun ada sedikit aral melintang dari segi kesihatan abah yang tidak menentu... Mak memaklumkan bahawa mak mewakilkan lontaran buat abah di hari Tasyriq ke tiga memandangkan abah tidak larat bergerak jauh kerana terasa kesakitan di bahagian hernia abah.... bila membuat panggilan dari jauh terasa rindunya untuk ke sana lagi ... tatkala mereka yang menemani abah ku di kamar muasasah memanggil abah aku .. Haji Anuar... Haji Anuar ...ada panggilan telefon.. sayangnya abah ku kurang dapat mendengar dengan jelas panggilan telefon ku.. hanya Mak yang mampu membalas panggilan telefon ku walaupun dengan suara yang tinggi tonasinya.... Bila dikenang sejenak memang Allah yang mengatur segalanya dan kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk berusaha ....... yelah orang lelakinya susah sikit nak menyimpan ... apa yang rezeki Allah beri pasti dikongsikan bersama keluarga sebagai tanggungjawab yang wajib bagi setiap suami dan bapa berbadning dengan orang perempuan.. bila ada suami yang berkemampuan lebih dia akan lebih menyimpan.. asbabnya simpanan tabung haji melebihi dari aku.. so tanpa berlengah aku mendaftarkan isteri aku ini untuk menunaikan haji .... tatkala itu tahun 2004 dan tahun haji yang isteriku dapat adalah tahun 2012.. so bila mahu menunaikan ibadah haji perempuan di bawah 45 tahun dikehendaki ditemani dengan mahram ... siapa lagi kalau tidak suaminya ... dapat panggilan haji barulah berabis mau top up simpanan dalam tabung haji... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izinNya.... pergi balik dengan kesihatan yang baik cuma isteriku kerap demam tatkala di sana... mungkin ada kifarahNya....  Allahualam..... berbalik dengan mak dan abah... terasa usia yang melewati tahap warga emas memang agak sukar untuk melunaskan ibadah haji dengan kudrat sendiri memandangkan sekarang suasana semakin mencabar dan dengan bilangan jemaah yang semakin padat di bumi Mina.... Didoakan agar mak dan abah dapat meneruskan ibadah yang seterusnya di bumi Mekah dan Madinah Al munawarah