4.10.15

DOA YANG DIKABULKAN

dah 18 hari mak dan abah berada di kota suci Mekah Al Mukaramah dah alhamdullilah dapat menyempurnakan ibadah haji... rukun Islam ke lima dengan sempurna walaupun ada sedikit aral melintang dari segi kesihatan abah yang tidak menentu... Mak memaklumkan bahawa mak mewakilkan lontaran buat abah di hari Tasyriq ke tiga memandangkan abah tidak larat bergerak jauh kerana terasa kesakitan di bahagian hernia abah.... bila membuat panggilan dari jauh terasa rindunya untuk ke sana lagi ... tatkala mereka yang menemani abah ku di kamar muasasah memanggil abah aku .. Haji Anuar... Haji Anuar ...ada panggilan telefon.. sayangnya abah ku kurang dapat mendengar dengan jelas panggilan telefon ku.. hanya Mak yang mampu membalas panggilan telefon ku walaupun dengan suara yang tinggi tonasinya.... Bila dikenang sejenak memang Allah yang mengatur segalanya dan kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk berusaha ....... yelah orang lelakinya susah sikit nak menyimpan ... apa yang rezeki Allah beri pasti dikongsikan bersama keluarga sebagai tanggungjawab yang wajib bagi setiap suami dan bapa berbadning dengan orang perempuan.. bila ada suami yang berkemampuan lebih dia akan lebih menyimpan.. asbabnya simpanan tabung haji melebihi dari aku.. so tanpa berlengah aku mendaftarkan isteri aku ini untuk menunaikan haji .... tatkala itu tahun 2004 dan tahun haji yang isteriku dapat adalah tahun 2012.. so bila mahu menunaikan ibadah haji perempuan di bawah 45 tahun dikehendaki ditemani dengan mahram ... siapa lagi kalau tidak suaminya ... dapat panggilan haji barulah berabis mau top up simpanan dalam tabung haji... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izinNya.... pergi balik dengan kesihatan yang baik cuma isteriku kerap demam tatkala di sana... mungkin ada kifarahNya....  Allahualam..... berbalik dengan mak dan abah... terasa usia yang melewati tahap warga emas memang agak sukar untuk melunaskan ibadah haji dengan kudrat sendiri memandangkan sekarang suasana semakin mencabar dan dengan bilangan jemaah yang semakin padat di bumi Mina.... Didoakan agar mak dan abah dapat meneruskan ibadah yang seterusnya di bumi Mekah dan Madinah Al munawarah