7.10.15

2015

tahun ini tahun anak anak aku bergelut dengan peperiksaan nasional ... yang sulong dan yang tengah ... yang tengah next week dah kena jawab soalan ... yang sulong masih terkontang kanting mencari jalan yang sesuai untuk melangkah terus ke alam varsiti.... terasa macam baru sahaja aku melangkaui peristiwa tersebut ... masih lagi segar di fikiran ini tat kala di sekolah sains dulu .. aku dok struggle mencari yang terbaik ... dan masih lagi mencari dan terus mencari tat kala se usia ini... di kala itu memang tiada yang difikirkan kan melainkan untuk mencapai apa yang diidamkan selama ini dan akhirnya mampu beroleh di kala ini.... kalau boleh biarlah anak anak ku tidak merasai kepayahan seperti ayahnya dalam menimba ilmu dan ada rasionalnya memberi peluang buat mereka untuk menyesuaikan diri sendiri disamping memberi sokongan moral... tiada harapan yang boleh diletakkan kerana kita mampu berusaha dan ketentuannya dari yang maha esa....