Tanggal 05hb April 2019 .... di pagi Jumaat pukul 7.00 am abah telah pergi buat selama lamanya setelah dimasukkan ke ICU PPUKM ada hari Khamis pagi pukul 6.00 am. Hari ini selasa 09hb April masih terasa sayu lagi dengan pemergian abah.
Dengan perginya abah bermakna tiada lagi adik beradik abah yang masih hidup ..... maka anak keluarga atok Kahar bin Limat dan Aisah binti Jantan tiada lagi ... tinggallah menantu, cucu dan cicit sahaja.
pengebumian jasad abah di sulami dengan mendung yang seakan akan seperti mahu hujan ... tapi hujan tidak turun pun
dari PPUKM ke rumah jasad abah diiringi oleh motorsikal polis .. begitu juga sewaktu dibawa dari masjid baitul Amal Puchong ke tanah perkuburan USJ 22.
urusan pengebumian abah bermula dari atas katil ICU sehingga dikuburkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan dari jam 7.00 pagi sehingga jam 3.30 petang ... terima kasih kepada semua yang membantu dalam pengurusan pengebumian abah.
ABAH.... tiada lagi ku dengar suara mu
suara yang bercerita kejadian silam
suara yang mengungkit kenangan lama
suara yang berceloteh tentang keturunan
ABAH ... terasa rindu dengan susuk tubuh badan mu
masih terasa kehangatan tubuh mu
masih lagi terbau badan mu..
akulah yang terakhir melihat mata abah
sebelum abah ditidurkan ...
akulah yang terakhir melihat mata abah
merenungku meminta sedikit air..
akulah yang melihat mata abah
tatkala menukarkan lampinnya yang terakhir ..
semoga roh abah berada dikalangan orang yang soleh ...
aku hanya dapat berbakti hanya setakat itu sahaja untuk abah ....