hero aku ni baru jer habis kursus diploma di KUIS dan dengan cuti yang agak panjang ini dengan izin Allah aku bawa hero aku ini untuk ke tanah haram ... untuk menyaksikan dengan mata sendiri Kaabah dan bersolah di Raudah dan Hijir Ismail....
buat kali ke dua bonda dan bonda mertua menunaikan umrah bersama sama setelah 10 tahun berlalu ... dengan dimurahkan rezeki hendakNya aku dapat bersama mereka menunaikan Umrah .... memang berbeza bila dibandingkan dengan bila menunaikan umrah hanya berdua suami isteri ... keseronokan memang sukar dibayangkan kecuali bagi mereka yang pernah merasakan apabila mengiringi orang tua ....
dengan pelbagai telatah dan keuzuran ayahanda ku ini baru aku terasa kepayahan bagi mereka yang mengiringi mereka yang uzur ketika menunaikan haji..... yang mengiringi mereka biasa anak anak muda yang masih gagah tapi bila dibayangkan selama 40 hari atau lebih .. tabik spring lah dengan mereka ini